Pages

Monday 27 August 2012

NASI BRIYANI UDANG


NASI BRIYANI UDANG MAMAK

500g beras basmathi
500g udang besar - jangan buang kepala, buang kulit tengah dan belah belakang buang urat hitam

bahan perap udang -
1 bj limau nipis / 1/2 bj lemon - ambil jus
1 sb pes halia dan bawang putih
garam

4 bj bawang besar - hiris, bahagikan 3 mangkuk
1 helai daun pandan - simpul
3 bj tomato - kiub

A.  4 sb ketumbar biji
2 sb jintan manis
2 sb jintan putih
1 sb kaskas
rempah 3 sekawan ( x bunga lawang )
~ goreng tanpa minyak, pelaga buang kulit ambil biji sahaja - kisar kering

B.  2 bj cili hijau
1/2 cawan daun ketumbar - cincang
1/2 cawan daun pudina
1 sb saffron / pewarna kuning telur
3 - 5 sb susu panas
5 -7 sb minyak masak
daun ketumbar - hiasan


bahan untuk nasi -
  1. Basuh beras, toskan - rendam dalam air panas 15 - 20 minit, toskan dalam penapis
  2. Masak beras dengan nisbah 1 : 1, masukkan garam + 1/2 st gula + 1 st minyak sapi
  3. Masukkan saffron / pewarna - masak dalam rice cooker. Bila suis rice cooker tendang terus matikan suis. Tak perlu tanak kering, keluarkan nasi yang masih berair itu, tapiskan. ( masak 3/4 sahaja )

Udang briyani -
  1. Panaskan kuali + minyak - goreng udang dalam suhu panas, warna udang kemerahan - masak selama 3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama - goreng 1 bahagian bawang yang dihiris hingga garing dan kekuningan. Angkat dan ketepikan untuk hiasan.
  3. Gunakan semula minyak goreng bawang, masukkan 1 bahagian bawang hiris - masak hingga layu + rempah B + daun pandan - masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan udang + rempah serbuk A - goreng sekejap sahaja nanti udang kecut ( 4 - 5 minit )

dalam rice cooker -
  1. Sapukan minyak sapi disekeliling dalam periuk. Masukkan separuh nasi + udang briyani / masala. Kambus dengan baki separuh nasi tadi.
  2. Tutup dngan gam tepung - ambil kain yang panjang, rendam dalam air tepung gandum yang pekat, salutkan tudung disekeliling periuk.
  3. Lapikkan kuali leper di bawah periuk nasi supaya nasi tidak hangit. Boleh guna kaedah baine marie / water bath. Boleh masak dalam oven ( masak nasi dengan suhu 60 - 70c ).