Pages

Monday, 6 August 2012

NASI MANDHY





NASI MANDHY
sumber : Raidah

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
2 sb minyak sapi
1 sb margerin
1 bj bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 in halia - julienne
1 sb garam
2 sb gula
1 kiub ayam

Bahan tumis :
Rempah 4 sekawan
1 st serbuk kunyit + air
1/3 cawan kismis
2 helai d/pandan
1 btg serai
2 helai bay leaf
Gajus goreng
1 genggam d/ketumbar
1 genggam d/pudina

Caranya -

  1. Panaskan minyak,tumis rempah 4 sekawan + bahan hiris hingga wangi dan kekuningan.
  2. Tambah air - masak hingga mendidih, alihkan ke rice cooker.
  3. Masukkan beras + garam - rasa masinnya.
  4. Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi. Letak foil + 1 sb minyak + 1 ketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk dalam 2 minit supaya aroma asap arang meresap ke dalam nasi.
  5. Buka tudung, keluarkan foil arang. Titiskan pewarna kuning telur/ bancuhan serbuk kunyit + air , gemburkan nasi.
SOS RAITA -

2 bj tomato
2 bj cili hijau
4 bj cili padi
sedikit d/ketumbar
Garam, gula, jus limau/lemon 
- kisar semua bahan.

Tips NASI MANDHY -
  1. Jangan kacau rata nasi bila nasi kering. Tutup dengan foil kemudian tutupkan dengan tudung periuk. Nasi akan masak elok sebab wap nasi terperangkap.
  2. Rendam beras 30 min - 1 jam/2 jam - nasi akan jadi butir-butir yang panjang.
  3. Jus ayam panggang + saffron/pewarna kuning telur/serbuk kunyit - campurkan ke dalam nasi. 








gambar dari blog Mamasya


NASI MANDHY
sumber : Chef Sabri

4 cawan beras basmathi
5 cawan air stok daging
1/2 cawan minyak sapi

Rempah 4 sekawan
1 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk ketumbar
1/2 st serbuk kunyit
1bj bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1/2 in halia - julienne
2 helai d/pandan - simpul

1 kiub ayam
1 sb garam
2 sb gula





NASI MANDHY
sumber : Chef Li

1 kg beras basmathi
1 sb rempah garam masala
1 st serbuk kunyit
Rempah 4 sekawan
1 in halia - julienne
2 helai d/pandan
1 genggam d/ketumbar
1 genggam d/ pudina
1 bj tomato - potong 4
500ml stok daging/ayam
500ml air

1/2 tin susu cair
1/2 bj lemon
- biarkan 10min - 1 malam pd suhu bilik

Bawang goreng
Badam,gajus - goreng
Kismis


AYAM MANDHY
sumber : Chef Li

500g - 600g ayam (spring chicken ) - potong 4
Stok ayam/daging
1 sb rempah garam masala
1 st serbuk kunyit

Caranya -
  1. Dalam kuali, masak air + ayam dengan api sederhana, tutup kuali hingga ayam masak.
  2. Proses pemerapan ayam dengan cepat, boleh di top-up ( recycle )
  3. Boleh buat awal 1 - 2 minggu
  4. Setelah ayam sejuk dalam suhu bilik, pack dalam plastik seal, simpan dalam freezer. Pack ayam 1 ketul, simpan dalam freezer.
  5. Keluarkan 3 jam lebih awal
  6. Masukkan dalam Nasi Mandhy dan kambus.
  7. Goreng - Fried Mandhy Chicken
  8. Bakar - Roasted Mandhy Chicken ( pewarna merah )

NASI BRIYANI









NASI BRIYANI
sumber : Chef Li

1 kg beras basmathi - rendam + 1/2 bj jus limau nipis, toskan.
Rempah 4 sekawan
1 in halia - julienne
1 sb rempah garam masala/briyani
1 bj tomato - potong 4
2 helai d/pandan - simpul
500ml stok daging
500ml air panas
1 senduk minyak masak
1 sudu garam
1/2 sudu gula
Bawang goreng
Badam, gajus, badam - goreng
1 genggam d/pudina
1 genggam d/ketumbar
Pewarna kuning telur
Minyak sapi - letak tompok-tompok atas nasi yng kering

Untuk Nasi Hujan Panas - tambah pewarna hijau dan biru.
Sukatan stok daging - 500ml stok 500 ml air atau 700ml stok 300ml air.

Stok Daging/Kambing/Ayam -
Akar d/ketumbar,akar pudina.
Tangkai carrot,batang celery - potong kasar
Tomato - potong 4
Garam, gula, perasa

Untuk 1 kg daging + 10 liter air
1 kg beras = 1 kg air (500ml stok + 500ml air ).






                                             Gambar dari Blog Lydia Honey


NASI BRIYANI AYAM HADRAMAWT
sumber : Lydia Honey

2 ekor ayam - potong 10
1/4 st serbuk pala
1/2 st serbuk pelaga
1/2 st serbuk kayu manis
1/2 st serbuk lada hitam
1 st serbuk ketumbar
1 st serbuk jintan
1 st serbuk halia
1 st rempah campuran arab/baharat
2 helai d/bay
1 bj tomato masak - potong 4
1 bj  bawang besar - dadu
1 bj cili hijau - belah 2 jangan putus
Garam
Air secukupnya untuk merebus ayam

  1. Rebus ayam + semua bahan kecuali garam dalam periuk, rebus 45 minit hingga ayam empuk.
  2. Tambah garam pada 15 minit terakhir, asingkan ayam dari stok, tapis. Susun dalam tray,ketepikan.

NASI HADRAMAWT -

Rempah 4 sekawan
2 helai daun bay
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam
1/2 st serbuk halia
1 st serbuk jintan
1 bj bawang besar - dadu
2 bj cili hijau - belah 2
Garam
1/4 cawan minyak masak
8 cawan basmathi
12 cawan air stok
@ 1 cawan basmathi : 1 1/2 - 2 cawan stok 

Caranya -
  1. Tumis bawang hingga layu + rempah + cili hijau - masak hingga wangi.
  2.  Masukkan beras - goreng 2 -3 minit.
  3. Tambah stok + garam  - kacau dalam api kuat, tutup periuk.
  4. Bila air hmpir kering + pewarna kuning telur yang dibancuh dengan air panas ( 1/4 cawan ). Tuang di tengah-tengah periuk,perlahankan api - tanak nasi hingga masak. Tabur d/ketumbar dan gajus goreng. @ selepas masukkan beras alihkan ke rice cooker, tanak nasi seperti biasa hingga nasi kering + pewarna,tutup periuk. Gemburkan bila nasi telah kering.

AYAM BAKAR NASI HADRAMAWT - gaul rempah + sedikit pewarna kuning telur pada ayam.

1/8 st serbuk pla
1/4 st serbuk pelaga
1/2 st serbuk kayu manis
1/2 st serbuk ketumbar
1/4 st serbuk lada hitam
1 st serbuk jintan
1/3 st rempah campuran arab/baharat
garam secukupnya
~ Susunkan ayam dalam tray, bakar 10 - 15 minit. Hidangkan dengan salad,maraq (sambal tomato) dan salsa.



SALSA -
2 -3 bj tomato masak
3 ulas bawang putih
1 bj cili hijau
1 /2 bj bawang besar
jus limau
garam
air 
- kisar semua bahan, sejukkan 30 minit sebelum hidang.






NASI BRIYANI MAMAK - 10 orang

1 kg beras basmathi
2 sb minyak sapi
1 cawan minyk masak
4 bj bawang merah
Rempah 4 sekawan
1 st rempah briyani
Gajus, kismis

Bahan kisar -
3 bj bawang besar
5 -6 ulas bawang putih

2 btg serai - diketuk
3 bj bawang besar - hiris
1/2 tin tomato sup KIMBALL
2 sb tomato puri
1 tin susu cair

Masak seperti biasa.


Rempah Briyani Mamak :
4 btg kayu manis
4 bj pelaga
10 bj bunga cengkih
10 bj lada hitam
10 bj pelaga hijau
3 helai d/bay
3 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
- kisar rempah + rempah serbuk.


2 sb serbuk ketumbar
1sb serbuk jintan putih
1/2 sb serbuk cili
1/ sb serbuk kunyit
2 sb bawang goreng

3 sb rempah briyani : 1kg ayam/daging/kambing
2 sb rempah briyani : 1 kg beras basmathi






                                               Gambar dari blog Dapur Tanpa Sempadan



NASI BRIYANI UDANG MADU
sumber : Cik Mat Gebu

500g beras basmathi

8 - 10 udang saiz besar
1/2 st serbuk kunyit
sedikit garam
- gaul rata, goreng hingga kemerahan sekejap dan angkat.

750 ml air + stok dalam periuk

Bahan tumis -
Rempah 3 sekawan
1 in halia - julienne
1 sb rempah garam masala
stok

Cara penyediaannya -
  1.  Tuang semuanya dalam periuk +  2 helai d/pandan - simpul.
  2. Masukkan d/ ketumbar + d/pudina + 1 bj tomato - potong 4
  3. Tambah 1/2 cawan carrot parut
  4. Tambah garam, gula, udang goreng 
  5. Masukkan beras, kacau sekejap
  6. Tambah air - masak hingga nasi kering dalam rice cooker. Bila nasi telah kering, tompokkan minyak sapi dan minyak zaitun,tutup periuk.Hidangkan dengan kismis, bawang goreng. 
Minyak zaitun untuk mengilatkan nasi briyani.





NASI BRIYANI UDANG
sumber : Pak Engku

1 kg beras basmathi
500 ml stok + 500 ml air

Bahan tumis -
Rempah 4 sekawan
1 in halia - julienne
2 sb rempah garam masala
Stok
- tuang dalam periuk.

2 helai d/pandan
1 tangkai d/pudina
1 tangkai d/ketumbar
1 bj tomato - potong 4
2 bj cili hijau - belah 2
2 bj cili merah - belah 2
garam,gula 
- masak hingga mendidih, masukkan beras - masak hingga kering.
- + 1 st pewarna kuning telur - tompokkan, tutup periuk.
- masukkan bawang goreng, kismis, badam,gajus - goreng.
- tompokkan minyak sapi, minyak zaitun dan udang yang telah dimasak .


UDANG MASAK BRIYANI -
500g udang besar
3 sb minyak
2 sb rempah garam masala
1/3 tin susu cair

Bahan tumis -
1/2 sb halba campur
1 helai d/pandan
1 tangkai d/pudina
1 tangkai d/ketumbar
1 bj tomato - potong 4
2 bj cili hijau - belah 2
2 bj cili merah - belah 2

Caranya-
  1. Tumis rempah hingga terbit minyak + susu cair + air sedikit - masak hingga mendidih.
  2. Masukkan udang - gaul rata.
  3. Masukkan d/pandan , d/pudina, d/ketumbar
  4. Masukkan tomato + cili + garam, gula - masak hingga udang masak dan gaul dalam nasi briyani.









NASI BRIYANI JUS OREN
sumber : Cik Mat Gebu

4 cawan beras basmathi
1 1/2 cawan susu cair
4 1/2 cawan air
1 bj bawang besar - dadu

Bahan kisar -
3 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1 in halia

2 sb rempah garam masala
stok dari 4 1/2 cawan air
1 1/2 sb jus oren Sunquick
1 kiub ayam
1 ketul kecil gula batu/ 1 sb gula
Rempah 4 sekawan
2 sb minyak sapi
2 helai d/pandan
1 genggam d/ketumbar
1 genggam d/pudina
Pewarna kuning telur + air
Bawang goreng
Badam, Gajus - goreng
Kismis
Kacang peas









NASI BRIYANI KARAM
sumber : Cik Mat Gebu


 2 keping dada ayam saiz besar - potong sederhana besar,cuci dn toskan.
1 cawan susu sejat
1 cawan air

500g beras basmathi
2 helai d/pandan
2 btg serai
1/2 cawan sos tomato

Bahan kisar -
2 bj cili hijau
2 bj bawang besar
4 ulas bawang putih
1 in halia
40g gajus
30g kismis

1 bj bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Rempah 4 sekawan
2 sb rempah garam masala

Bahan Tabur -
1/2 cawan kismis
Gajus goreng
Bawang goreng
D/ketumbar, d/pudina
2 helai d/pandan

Pewarna kuning telur

1/3 cawan susu sejat - dipanaskan
Secubit saffron
- satukan, gaul.

Caranya -
  1. Tumis rempah 4 sekawan + bahan hiris + serai + d/pandan hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar - tumis hingga garing.
  3. Tambah rempah garam masala + sos tomato - masak hingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam - gaul rata + susu sejat + garam 1 st - kecilkan api hingga kuah pekat,ketepikan.

Untuk Nasi Briyani -
  1. Didihkan air 500ml + d/pandan + beras - masak 5 -6 minit, tutup periuk , angkat dan toskan.
  2. Dalam rice cooker ( sediakan bahan tabur ) + 1/3 bahagian nasi - ratakan.
  3. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam + bahan tabur + 1 helai d/pandan.
  4. Sudukan bancuhan susu + saffron ke beberapa bahagian nasi ( tompokkan )
  5. Ulangi proses masukkan 1/3 bahagian nasi,baki luk ayam dan bahan tabur. Tutup periuk, masak 30 minit. Tompokkan pewarna makanan,gemburkan nasi dengan chopstick.






NASI BRIYANI SHAH JAHAN
sumber : Asmah Laili


1 ekor ayam - potong 8 + serbuk kunyit + garam - gaul ,ketepikan.
5 bj pelaga
1/2 in kayu manis
1 bj bawang besar - dadu
2 bj cili hijau - belah 2 jangan putus
2 sb pes halia + bawang putih
2 sb pes tomato
2 bj tomato - dadu 
1 genggam d/ketumbar
1 genggam d/pudina
2 sb rempah kari

Bahan kisar -
5 bj badam
5 bj gajus
1/4 st saffron

1/2 cawan tairu

1/4 cawan minyak sapi
1/2 cawan minyak jagung
Garam

Caranya -
  1. Panaskan minyak jagung, goreng ayam 3/4 masak - angkat dan ketepikan.
  2. Tambahkan minyak sapi dalam minyak jagung, tumis kayu manis + pelaga + bawang dadu - goreng hingga kekuningan + cili hijau - masak hingga layu.
  3. Masukkan pes bawang putih dan halia - masak hingga wangi.
  4. Masukkan pes tomato - masak 2 -3 minit.
  5. + tomato dadu, d/ketumbar , d/pudina - masak 10 minit.
  6. + rempah kari - masak 10 minit
  7. + bahan kisar + tairu + garam - masak hingga pecah minyak.
  8. Masukkan ayam goreng, gaul rata. Tutup api,keluarkan lebihan minyak jangan dibuang.
Cara masak NASI BRIYANI -
  1. Masukkan air + garam dalam rice cooker hingga mendidih.
  2. Dalam kuali lain, panaskan minyak sapi  + minyak jagung - tumis rempah 3 sekawan hingga wangi + bawang hiris - masak hingga kekuningan.
  3. Tambah pes halia dan bawang putih + d/pudina, d/ketumbar - masak hingga wangi, tuangkan ke dalam rice cooker. Biarkan hingga mendidih + beras - masak nasi seperti biasa.
Cara DAM NASI BRIYANI -
  1. Keluarkan semua nasi,ketepikan, 
  2. Letakkan di dasar periuk rice cooker tadi ayam + rempah tanpa minyak . Kambuskan nasi di atasnya, ratakan. Taburkan d/pudina, d/ketumbar.
  3. Buatkan beberapa lubang, tuangkan minyak dari rempah ayam tadi, masak nasi hingga kering.



NASI BRIYANI KASHMIR
sumber : Ummi Zaihadi

1/2 kg beras basmathi
2 sb minyak sapi
1 sb tomto puri
air
1/2 cawan susu cair
50ml plain yogurt
garam, kismis, badam, daun ketumbar

Bahan rempah - satukan
1 sb serbuk jinatn putih
1 sb erbuk jintan manis
2 sb serbuk ketumbar
2 st garam masala
4 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar -
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 bj cili hijau
3 bj pelaga



NASI BERIYANI ROS PUDINA
sumber : Ummi Zaihadi

3 cawan beras basmathi

Bahan kisar -
4 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1 in halia

Rempah 4 sekawan
1/4 cawan daun pudina - cincang
1 tangkai daun ketumbar
3 sb rempah beriyani BABAS
4 cawan air
1/2 cawan susu sejat
3 st garam
1 kiub ayam
pewarna kuning
esen ros - sedikit sahaja nanti pahit
kismis
gaju gorengs
bawang goreng
minyak sapi
2 helai daun pandan



NASI BERIYANI
sumber : Ummi Zaihadi

1/2 kg beras basmathi
1 sb rempah beriyani + air - jadikan pes
2 bj tomato - dadu
2 bj cili merah - belah 2
2 bj cili hijau - belah 2
Daun pudina, daun ketumbar
500ml air
1/2 cawan susu cair/ suu segar
2 sb minyak sapi
kismis, gajus
pewrna kuning + air
garam

Bahan tumis - hiris
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Rempah 4 sekawan

- hidangkan dengan daging prune, acar.









NASI DAGING




                                              sumber dari blog Kak Jee


NASI DAGING
sumber : Kak Jee

1/2 kg daging batang pinang + garam - rebus hingga empuk,kelurkan daging dan simpan stoknya.
2 cawan beras wangi
2 1/2 cawan air rebusan daging
1/2 cawan susu cair
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 in halia - hiris halus/julienne
1 bj tomato - dadu
Rempah 4 sekawan
1 kiub daging
1 sb minyak sapi + 1 sb margerin
D/ketumbar - hiris
Gajus - goreng





NASI DAGING UTARA MAMAK

1 kg daging - potong 16 ketul, rebus hingga empuk - simpan stok, tapis.
1 kg beras basmathi
1/2 tin - 1 tin TOMATO SOUP KIMBALL
3 b plain yogurt @ 1/2 tin susu cair + 1 sb jus limau - biarkan 10 min
1 sb garam
2 sb gula batu/gula pasir
Bawang goreng - tabur

Bahan tumis -
1 senduk minyak masak
2 sb minyak sapi
2 sb rempah kari daging
1/2 st serbuk jintan manis/halus
1/2 st serbuk jintan putih/kasar
1 sb rempah briyani
- satukan serbuk rempah
100g badam - rendam air panas,buang kulit dn kisar halus ( beli serbuk badam )
Kismis
Gajus
1 sb pes bawang putih dan halia
1 bj bawang besar - hiris
2 bj bawang besar - kisar
Rempah 4 sekawan
1 helai d/pandan - potong 3 in

Caranya-

  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan + bawang hiris hingga wangi dan garing + bahan kisar + d/pandan + gajus, kismis - kacau hingga wangi.
  2. Masukkan daging rebus + campuran serbuk rempah + yogurt + badam kisar - kacau cepat jangan sampai hangit.
  3. Tuangkan stok daging + garam,gula - rasa masinnya, tutup periuk - masak hingga air mendidih.
  4. Masukkan beras, kacau sekejap,alihkan ke rice cooker. Tutup periuk dengan foil supaya wap tidak keluar dan nasi akan masak cantik.
  5. Bila hampir kering + pewarna kuning telur - tutup periuk. Biarkan seketika barulah digemburkan nasi dengan garfu/chopstick. Tips masak nasi basmathi - nasi jangan di kacau selalu nanti patah, Untuk dapatkan 2 warna dalam nasi titikkan pewarna dan tutup periuk,jangan terus dikacau. Setelah agak kering barulah digemburkan.

SAMBAL ASAM TOMATO

Cili  Merah  + cili padi
Belacan bakar
Jus limau nipis
Garam, gula 
- kisar halus

Tambah dengan -
Bawang besar - hiris/dadu
Tomato masak - dadu
Cili hijau - potong
- gaulkan dalam mangkuk.

Papadom
Salad Timun Tomato/ Salsa




NASI DAGING
sumber : Ummi Zaihadi

1 kg daging - potong besar, rebus
4 cawan beras basmathi
4 cawan air rebusan daging / stok daging
1 cawan susu segar
1 bungkus sup bunjut Adabi
serbuk rempah sup Adabi
3 ulas bawang putih - hiris
rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
1/2 cawan tomato - dadu
bawang goreng
garam

Cara penyediaannya -

  1. Tumis bawang putih + rempah 4 sekawan + daun pandan - hingga wangi
  2. Masukkan rempah - kacau sekejap + air + tomato 
  3. Masukkan beras + 1/2 daging rebus + stok daging + garam + 1 helai daun pandan, alihkan ke rice cooker
  4. Bila nasi 1/2 masak + susu.

Sambal Asam Tomato -

5 tangkai cili merah - tumbuk kasar
4 tangkai cili padi - tumbuk kasar
3 bj tomato - dadu
belacan bakar
air asam jawa
gula melaka, garam, gula



NASI DAGING BERKEJU
sumber : JC

2 1/2 cawan beras basmathi
3 cawan air rebuan daging
Daging rebus

Bahan kisar -
1/2 bj bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 in halia

1 cawan cheddar cheese - parut
bawang goreng
garam



NASI DAGING
sumber : Penyulawa

Bahan rebus daging -
Daging + tulang
Rempah 4 sekawan
Lada hitam
1 sudu rempah nasi arab / kabsa / mixed spice
- rebus, asingkan daging dari tulang - hiris

3 cawan beras basmathi
4 cawan air rebusan daging / stok
1 bj bawang besar - hiris
3 ula bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 sb rempah nasi arab / kabsa

2 bj limau kasturi / 1 bj limau nipis
150ml susu cair
- jadikan tairu / buttermilk, biarkan 10 minit

Cara penyediaannya -

  1. Tumis bahan hiris + rempah 4 sekawan - hingga wangi
  2. Masukkan rempah nasi arab - kacau sekejap + beras, goreng sekejap
  3. Masukkan stok daging + daging - masak hingga mendidih
  4. Masukkan tairu + garam, tanak hingga nasi masak / alihkan ke rice cooker.


NASI DAGING
sumber : MyResepi

1 kg beras basmathi
1/2 kg daging
1 bungkus sup bunjut Adabi
1 sb rempah kurma
1 inci halia
1 batang kayu manis
2 bj pelaga
2 - 3 sb minyak sapi + mentega / planta
1/2 cawan tomato sup Heinz
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
garam

Cara penyediaannya -
  1. Rebus daging + sup bunjut + rempah kurma + garam - masak hingga daging empuk
  2. Asingkan daging, simpan air untuk masak nasi
  3. Tumis bawang putih + rempah kayu manis + pelaga - masak hingga wangi
  4. Masukkan beras - kacau sekejap + stok daging + sup tomato
  5. Bila nasi hampir kering + susu cair - kacau, biarkan nasi masak. Hidangkan dengan sambal air asam tomato.


NASI DAGING JAMAICAN
sumber : Chef Wan

300g daging
3 bj tomato - dadu

Bahan kisar -
8 bj bawang merah
3 ulas bawan putih
1 cm halia

2 bj lada hijau - kisar

4 sb mentega
1 btg kayu manis
3 bj cengkih
2 sb serbuk kari daging

3 sb kismis hitam
1 cawan santan pekat
1 cawan stok ayam
2 cawan beras basmathi

Cara penyediaannya -
  1. Tumis rempah + bahan kisar - hingga wangi
  2. Masukkan daging + lada kisar
  3. Masukkan santan + stok ayam
  4. Masukkan beras - kacau + tomato cincang.


NASI TOMATO SUP







NASI TOMATO KIMBALL
sumber : Kak Jee ( Fauziah Samad )

4 cawan beras basmathi - rendam 1/2 - 1 jam,toskan.
3 cawan air
1 tin SOUP TOMATO KIMBALL (425g)
1 1/2 sb tomato puri
1/2 cawan susu cair
2 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 in halia - ketuk/hiris
Rempah 4 sekawan
2 helai d/pandan - simpul
1 btg serai - ketuk
1 genggam d/ketumbar
1 genggam d/pudina
1 st garam
1 sb gula
1 kiub daging/ayam
Bawang goreng
Gajus goreng

Cara- caranya -

  1. Dalam periuk, tumis rempah 4 sekawan + bahan hiris + d/pandan  hingga wangi dan keperangan.
  2. Tambah air + soup tomato + tomato puri - masak hingga mendidih.
  3. Masukkan susu cair + garam + kiub daging/ayam + d/ketumbar + d/pudina.
  4. Rasa masin secukupnya + beras - kacau sekejap,alihkan ke rice cooker. Masak seperti biasa.


                                                                                                                         
NASI TOMATO MAMAK

1 kg beras basmathi
1/4 tin SOUP TOMATO KIMBALL
1 1/2 tin TOMATO PURI KIMBALL
1/4 tin susu cair
Air - ikut sukatan beras nisbah 1 : 1 1/2

Bahan tumis :
2 sb m/sapi
1 sb m/masak
Rempah 4 sekawan
2 bj bawang besar - hiris
1 sb pes bawang putih dan halia
1 sb bawang kisar
2 helai d/pandan
1 sb gula pasir/gula batu
1 st garam
Kismis
Gajus

Cara-caranya -
  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan + kismis + gajus + pes bawang putih dan halia + d/pandan + bawang kisar hingga wangi.
  2. Tambah soup tomato + tomato puri + susu cair + air + gula + garam. Tutup periuk, mask hingga mendidih, rasa masinnya.
  3. Masukkan beras, kacau sekejap - alihkan ke rice cooker,tutup dengan foil.
  4. Setelah nasi masak,buka penutup + pewarna kuning telur,tutup periuk. Setelah cukup masak gemburkan dengan garfu/chopstick. Taburkan bawang goreng,kacang peas,d/pudina.








NASI TOMATO HEINZ
sumber : Chef Sabri

2 cawan beras basmathi 
3 1/2 cawan air
1 tin TOMATO SOUP HEINZ
2 sb margerin PLANTA
4 bj bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Rempah 4 sekawan
1 kiub ayam
1/2 st garam
1 helai d/pandan
15 bj gajus - goreng
Kismis





NASI TOMATO AYAM
sumber : Cik Mat Gebu ( Dapur Tanpa Sempadan )

4 cawan beras basmathi
3 cawn air
1 cawan susu cair
1 cawan TOMATO SOUP HEINZ
6 - 7 ketul daging ayam bahagian dada dan peha/leg quarters
1 in halia - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 sb rempah kurma/garam masala - satukan dengan bahan tumbuk,gaul dan perap dengan ayam 1 jam.

Rempah 4 sekawan
4 bj bawang merah - hiris
1/2 in halia - hiris

3 sb minyak sapi
2 helai d/pandan
1/3 cawan kismis
1/2 btg carrot - parut
1 st garam
D/sup,d/bawang - hiris
Bawang goreng







                                                                                                                    


     





NASI LEMAK

NASI LEMAK
sumber : Kak jee

2 cawan beras
1 cawan santan pekat
2 cawan air
Daun pandan
Serai
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Halba
Garam
Gula

Cara penyediaannya -          
  1. Dalam periuk rice cooker masukkan semua bahan,rendam dalam santan selama 10 minit. Masak hingga mendidih di atas dapur,kacau dan alihkan ke rice cooker. Masak seperti biasa.
  2. Untuk nasi lemak kukus - panaskan pengukus hingga mendidih,kecilkan api dan biarkan merenih. Masukkan bahan rendaman dan bekas/loyang. Tutup pengukus,biarkan 10-12 minit. Bila nasi separuh masak, buka pengukus gaul rata nasi.
  3. Tutup pengukus semula,biarkan 10-12 minit hingga nasi benar-benar masak. 
  4. Tips untuk berniaga  -lebihkan daun pandan - siat dan simpul, tak perlu serai,halba.
  5. Tanak nasi lemak seperti biasa (macam masak nasi putih) tapi kurangkan air supaya nasi berderai.dan alihkan ke pengukus supaya sentiasa panas,alaskan daun pisang di dasar pengukus.




NASI LEMAK KUKUS
sumber : Norasikin Basri

400g beras
1 in halia
1 bj bawang merah - hiris
1 st garam
400g santan
2 helai d/ pandan
1 btg serai

Cara penyediaannya -
  1. Dalam loyang, masukkan semua bahan -rendam dalam santan 10 minit
  2. Panaskan pengukus hingga mendidih, kecilkan api dan biarkan merenih
  3. Masukkan bahan rendaman dalam loyang tadi, tutup pengukus, biarkan 10 minit. Bila nasi separuh masak, gaul rata.
  4. Tutup pengukus semula, biarkan 10 minit hingga nasi betul-betul masak. Gaulkan dengan garfu supaya gebu. 
  5. Tips untuk berniaga - lebihkan d/ pandan tak perlu serai
  6. Tanak nasi lemak macam nasi putih tapi kurangkn air supaya nasi masak berderai, kukus semula dalam loyang beralaskan d/ pisang 



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

1 genggam ikan bilis - rendam, tos - goreng garing
2 senduk cili kisar
1/2 cawan air asam jawa

Bahan kisar - 
4 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in belacan bakar

1 bj bawang besar - potong bulat
1/2 in hlia - ketuk
garam, gula merah




SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
sumber : Norasikin Basri

60g bawang besar
100g ikan bilis

 Bahan kisar - 
200g lada kering - rendam 1/2 jam, kisar
150g bawang merah
50g bawang putih
20g belacan

25g garam
50g gula
1 st asam jawa
100g minyak masak

Tips untuk berniaga -
  1. Gunakan bawang besar ganti bawang merah
  2. Tambah bawang besar hiris - beri kuantiti yang banyak dalam masakan
  3. Kisar ikan bilis yang telah digoreng dalam sambal
  4. Gorengan ikan bilis asingkan untuk tabur atas nasi - jimatkan penggunaan
  5. Seharusnya sambal berwarna merah gelap, berkilat, pekat dan manis pedas.


NASI LEMAK
sumber : Azlita Aziz

2 mug beras
2 mug air
1/2 mug santan pekat
1 st garam
1/2 st halba
1/2 in halia
1 bj bawang putih
2 helai daun pandan - simpul
~ masukkan semua bahan dalam rice cooker



NASI LEMAK KUKUS
sumber : Azlita Aziz

1 kg beras
5 cawan santan
3 helai daun pandan
2 in halia
1 sb halba
3 bj bawang merah
1 ulas bawang putih
secubit garam

Cara penyediaannya - 
  1. Jerang semua bahan dalam periuk hingga separuh masak ( hingga santan kering )
  2. Keluarkan, pindah ke dalam kukusan dan alaskan dengan daun pisang - kukus 30 minit




REMPAH







Rempah Penumis 4 Sekawan:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 bj buah pelaga
4 bj bunga cengkih
~ Untuk masakan nasi berempah,masakan berdaging/ayam/kambing.



Rempah Penumis 3 Sekawan:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 bj buah pelaga
1 st halba campur
~ Untuk masakan bersayur spt dal, makanan laut/seafood spt kari ikan,udang,sotong,ketam dsbnya.






Rempah Serbuk Garam Masala:
4 sudu serbuk ketumbar
2 sudu serbuk jintan manis
2 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kayu manis
1/2 sudu serbuk bunga lawang



Rempah Kari:
1 sudu garam masala
2 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit



Rempah Dalca/Mandhy:
2 sudu garam masala
1 sudu serbuk kunyit



Rempah Kuzi:
1 sudu garam masala
2 sudu serbuk cili



Rempah Khabsa:
1 sudu garam masala
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit



Rempah Khabsa 2:
1 sudu serbuk cili
1 1/2 st serbuk jintan/cumin
1 1/2 st serbuk kayu manis
1 1/2 st serbuk lemon/limau kering - dried lemon/loomi
1 st serbuk cengkih
1 st serbuk lada hitam
1 st serbuk pelaga
1 st serbuk pala
1 st serbuk ketumbar
1/2 st saffron



Rempah Campuran Arab/Baharat:
2 sb serbuk lada hitam
2 sb serbuk paprika
2 sb sserbuk jintan
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk cengkih
1 st serbuk pala
1 st serbuk kayu manis
1/2 st serbuk pelaga


REMPAH BRIYANI MAMAK

10 bj cengkih /clove
4 bj pelaga putih / cardamom
10 bj lada hitam
4 btg kayu manis
10 bj pelaga hijau
3 helai bay leaf
3 sb jintan manis /fennel
1/2 sb jintan putih / cumin
2 sb bawang goreng

2 sb serbuk ketumbar / ground coriander
1 sb serbuk jintan putih / ground cumin
1/4 sb serbuk kunyit
1/2 sb serbuk cili

~ kisar kering + rempah serbuk
~ 1 kg ayam / daging = 3 sb rempah briyani
    1 kg beras = 2 sb rempah briyani


REMPAH NASI DAGING UTARA

1kg daging
1kg beras

2 sb serbuk kari daging
1 sb rempah briyani
1/2 st jintan manis
1/2 st jintan putih