Pages

Monday, 13 August 2012

MEE GORENG MAMAK


MEE GORENG MAMAK
sumber : Kak Jee

1 orang makan
1 genggam mee kuning
2 ekor udang / sotong
isi ayam - hiris
1 bj telur
sambal tumis
sos cili
kicap manis
1 ulas bawang putih - ketuk
1 tangkai sawi
1/4 keping tahu - goreng
minyak masak
d/ sup
bawang goreng
limau kasturi
cili hijau - hiris

Cara penyediaannya -
  1. Tumis bawang putih hingga kekuningan + ayam - kacau
  2. Masukkan udang / sotong + sambal tumis + sos cili + mi - 1 minit
  3. Masukkan sayur - kacau 2 minit, tolak ke tepi kuali
  4. Masukkan sedikit minyak di tengah kuali + telur
  5. Kaup mee, hempap atas telur - 1 minit
  6. Masukkan tahu + kicap manis - gaul + kicap manis, gaul dan angkat.


KWAY TEOW GORENG


KWAY TEOW GORENG
sumber : Cik Mat Gebu

600g kway teow
2 genggam taugeh
1 cekak kucai
1 genggam isi kerang

Bahan kisar -
4 bj bawang merah
3 ulas bawang putih

2 bj telur
2 sb sambal udang kering
1 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1 sb kicap pekat

Cara penyediaannya - 
  1. Tumis bahan kisar hingga wangi + sambal + sos tiram
  2. Masukkan isi kerang - tolak tepi kuali
  3. Masukkan telur - masak hingga keras sedikit, kacau
  4. Masukkan kicap + kway teow - gaul cepat
  5. Masukkan taugeh + kucai + sos ikan. Hidangkan dengan cili jeruk.

KARIPAP


KARIPAP
sumber : Norasikin Basri

Bahan inti -
1 kg kentang / keledek - dadu, rebus dalam air yang banyak - toskan

Bahan kisar -
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 st udang kering - rendam, cuci - toskan

1 sb serbuk kari
1 sb cili kisar
3 sb minyak masak - jangan lebih dari 1 cawan
1 st garam
5 sb gula

Cara penyediaannya -
  1. Tumis hingga pecah minyak + garam + gula
  2. Masukkan kentang / keledek rebus - gaul, sejukkan


Pastri -
1kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak - panaskan
~ gaul sebati

380g air + 1 st garam - larutkan
~ masukkan tepung, uli jadi doh - canaikan leper setebal 2 mm + inti dan goreng deep fry. 
~ masukkan karipap yang hendak digoreng itu dalam minyak yang kurang panas untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Tips buat karipap -
1. rebus kentang / keledek - tutup periuk + air yang banyak ( api besar )
2. kecilkan api bila air mula mendidih, kentang empuk dalam 20 minit ( buka sedikit penutup 
    supaya air tidak melimpah keluar )
3. lenyek sedikit kentang/ keledek rebus ketika masih panas
4. resipi ini menghasilkan 86 bj karipap saiz sederhana
    3 bj rm1 - rm28


SAMBAL UDANG KERING


SAMBAL UDANG KERING
sumber : Cik Mat Gebu

2 sb udang kering - rendam, toskan
3 senduk cili kisar

Bahan kisar -
10 bj bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 in belacan
1/2 inci halia
garam, gula

Cara penyediaannya -
  1. Tumis bahan kisar hingga garing
  2. Masukkan udang kering - masak hingga pecah minyak, angkat
  3. Setelah sejuk, simpankan dalam botol - simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
~ sesuai untuk perencah kway teow goreng.




SAMBAL UDANG PETAI


SAMBAL UDANG PETAI
sumber : Kak Jee

20 ekor udang
1 mangkuk cili kering - kisar
petai - kopek, belah 2
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 in belacan
1/2 cawan air asam jawa / 1 keping asam gelugur
1 st gula
garam

Cara penyediaannya -
  1. Tumis petai hingga separuh masak, keluarkan dan angkat.
  2. Masukkan bahan kisar hingga garing + cili kisar - masak hingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam, besarkan api + udang - kacau cepat 2 minit
  4. Masukkan petai + garam, garam. Tutup api.

SAMBAL SOTONG KEMBANG


SAMBAL SOTONG KEMBANG
sumber : Cik Mat Gebu

500g / 2 ekor sotong kembang
1 sb sam jawa + 1/2 cawan air
2 cawan cili kisar
garam, gula

1 bj bawang besar
5 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 in belacan
1/2 cawan minyak masak

Cara penyediaannya -
  1. Sotong - celur dalam air mendidih 2 - 3 minit, toskan
  2. Tumis bahan kisar hingga wangi + cili kisar - masak hingga pecah minyak
  3. Masukkan garam, gula dll
  4. Masukkan sotong - masak hingga 10 - 15 minit hingga sambal pekat.


AYAM PANGGANG PENGANTIN


AYAM PANGGANG PENGANTIN
sumber : Norasikin Basri

1 ekor ayam muda / spring chicken

Bahan tumbuk lumat -
2 ulas bawang putih
1 in halia

1 sb madu
1 sb minyak masak
1 bj bawang besar - belah 2 / 4
1 btg carrot - potong kasar
secubit garam
lada sulah

Cara penyediaannya -
  1. Satukan semua bahan, gaulkan dan ratakan di seluruh ayam dan dalam perut ayam - perap dalam plastik.
  2. Ikat ayam di bahagian kepak dan kaki, bungkus dalam foil. Bakar dalam oven 230c 45 - 1 jam.Tapiskan jus ayam dan sapu pada ayam.

KWAY TEOW PENANG


KWAY TEOW PENANG
sumber : Kak jee

1 orang makan
1 genggam kway teow
3 ekor udang
1 bj telur
kerang rebus
1 sb sambal tumis
2 sb kicap manis
1 st sos ikan
1 ulas bawang putih - ketuk
taugeh, kucai

Cara penyediaaannya -

  1. Tumis bawang putih + udang - 1 minit
  2. Dengan api kecil, masukkan kway teow + kucai + sambal + kicap + sos ikan
  3. Besarkan api - kacau cepat + taugeh + kerang.


SAMBAL IKAN BILIS
sumber : Kak Jee




SAMBAL IKAN BILIS
sumber : Azlita Aziz

2 cawan ikan bilis - goreng

Bahan kisar -
$1 cili kering - rendam, toskan
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
sedikit belacan

1 sb asam jawa Adabi / 1/2 cawan air asam
1 st garam
5 sb gula
1/2 cawan minyak masak
secubit msg
~ masak hingga garing, tutup api dulu baru masukkan ikan bilis supaya garing bila dimakan.