Pages

Monday, 6 August 2012

NASI LEMAK

NASI LEMAK
sumber : Kak jee

2 cawan beras
1 cawan santan pekat
2 cawan air
Daun pandan
Serai
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Halba
Garam
Gula

Cara penyediaannya -          
  1. Dalam periuk rice cooker masukkan semua bahan,rendam dalam santan selama 10 minit. Masak hingga mendidih di atas dapur,kacau dan alihkan ke rice cooker. Masak seperti biasa.
  2. Untuk nasi lemak kukus - panaskan pengukus hingga mendidih,kecilkan api dan biarkan merenih. Masukkan bahan rendaman dan bekas/loyang. Tutup pengukus,biarkan 10-12 minit. Bila nasi separuh masak, buka pengukus gaul rata nasi.
  3. Tutup pengukus semula,biarkan 10-12 minit hingga nasi benar-benar masak. 
  4. Tips untuk berniaga  -lebihkan daun pandan - siat dan simpul, tak perlu serai,halba.
  5. Tanak nasi lemak seperti biasa (macam masak nasi putih) tapi kurangkan air supaya nasi berderai.dan alihkan ke pengukus supaya sentiasa panas,alaskan daun pisang di dasar pengukus.




NASI LEMAK KUKUS
sumber : Norasikin Basri

400g beras
1 in halia
1 bj bawang merah - hiris
1 st garam
400g santan
2 helai d/ pandan
1 btg serai

Cara penyediaannya -
  1. Dalam loyang, masukkan semua bahan -rendam dalam santan 10 minit
  2. Panaskan pengukus hingga mendidih, kecilkan api dan biarkan merenih
  3. Masukkan bahan rendaman dalam loyang tadi, tutup pengukus, biarkan 10 minit. Bila nasi separuh masak, gaul rata.
  4. Tutup pengukus semula, biarkan 10 minit hingga nasi betul-betul masak. Gaulkan dengan garfu supaya gebu. 
  5. Tips untuk berniaga - lebihkan d/ pandan tak perlu serai
  6. Tanak nasi lemak macam nasi putih tapi kurangkn air supaya nasi masak berderai, kukus semula dalam loyang beralaskan d/ pisang 



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

1 genggam ikan bilis - rendam, tos - goreng garing
2 senduk cili kisar
1/2 cawan air asam jawa

Bahan kisar - 
4 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in belacan bakar

1 bj bawang besar - potong bulat
1/2 in hlia - ketuk
garam, gula merah




SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
sumber : Norasikin Basri

60g bawang besar
100g ikan bilis

 Bahan kisar - 
200g lada kering - rendam 1/2 jam, kisar
150g bawang merah
50g bawang putih
20g belacan

25g garam
50g gula
1 st asam jawa
100g minyak masak

Tips untuk berniaga -
  1. Gunakan bawang besar ganti bawang merah
  2. Tambah bawang besar hiris - beri kuantiti yang banyak dalam masakan
  3. Kisar ikan bilis yang telah digoreng dalam sambal
  4. Gorengan ikan bilis asingkan untuk tabur atas nasi - jimatkan penggunaan
  5. Seharusnya sambal berwarna merah gelap, berkilat, pekat dan manis pedas.


NASI LEMAK
sumber : Azlita Aziz

2 mug beras
2 mug air
1/2 mug santan pekat
1 st garam
1/2 st halba
1/2 in halia
1 bj bawang putih
2 helai daun pandan - simpul
~ masukkan semua bahan dalam rice cooker



NASI LEMAK KUKUS
sumber : Azlita Aziz

1 kg beras
5 cawan santan
3 helai daun pandan
2 in halia
1 sb halba
3 bj bawang merah
1 ulas bawang putih
secubit garam

Cara penyediaannya - 
  1. Jerang semua bahan dalam periuk hingga separuh masak ( hingga santan kering )
  2. Keluarkan, pindah ke dalam kukusan dan alaskan dengan daun pisang - kukus 30 minit