Pages

Tuesday 14 August 2012

CUCUR UDANG


CUCUR UDANG
sumber : Norasikin Basri

1kg tepung gandum
11g yis mauripan
1100 - 1200g air
2 st serbuk kunyit
2 st garam
1/4 cawan minyak masak
300g udang
taugeh, kucai
minyak masak - goreng tenggelam

Cara penyediaannya -
  1. Dalam mangkuk, tepung gandum + serbuk kunyit + garam + yis - gaul + air. Kacau sebati seperti adunan jemput-jemput. Tutup mangkuk, biarkan kembang 1 - 2 jam dalam suhu bilik - naik 2x ganda 
  2. Masukkan sayuran dan udang, kacau perlahan + 1/4 cawan minyak masak - kacau
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana, sendukkan adunan + 1 ekor udang - goreng.


CUCUR UDANG
sumber : Cik Mat Gebu

100g tepung gandum
1/2 st soda bicarbonate
1/2 st baking powder
125 - 130 ml air rebusan kepala udang - kisar
garam
udang

Cara penyediaannya -
  1. Bancuh semua bahan kecuali udang.
  2. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas - 1 minit, angkat dan letakkan 1 - 2 sb adunan atas sudip, baringkan 1 ekor udang di atasnya. Masukkan dalam minyak panas - api sederhana. Bila cucur udang kembang, tinggalkan dari sudip.


HOMEMADE - SOS CILI
sumber : Norasikin Basri

200g cili kering - rendam 1 malam
4 ulas bawang putih
1.5 liter air
3 sb minyak masak
1 st garam
12 sb gula
1 sb jus limau nipis
2 sb tepung jagung + 1/2 cawan air

Cara penyediaannya -
  1. Bahagikan air kepada 3 bahagian
  2. Kisar cili kering + bawang putih + minyak masak dengan sebahagian air hingga halus
  3. Masukkan dalam periuk, masak hingga mendidih + sebahagian air lagi - renih 10 minit. Tutup api, tapis untuk dapatkan cili kisar yang halus tanpa biji. Gunakan bahagian air yang terakhir untuk tapis guna kain hingga tinggal hampas sahaja - buang hampas
  4. Masukkan ke dalam periuk, masak semula + garam + gula + jus limau - masak hingga mendidih
  5. Masukkan bancuhan  tepung jagung + sos - kacau, masak merenih hingga terbit minyak, tutup api.