sumber gambar dari Mat Gebu
sumber gambar dari Google
KUIH BAKAR DAGING
sumber : Kak Jee
250g daging - cincang
1 1/2 sb rempah kari daging
1 labu bawang besar - cincang
garam, perasa
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan / susu cair / low fat milk
1 1/2 cawan air
5 bj telur
pewarna kuning
daun bawang
minyak sapi
oven 180c
Cara penyediaannya -
- Tumis 1 sb minyak + bawang hingga kekuningan + rempah - goreng sekejap sahaja nanti pahit
- Masukkan daging - masak hingga air daging kering, ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang + susu + air - kacau dengan whisk + tepung, kacau lagi.
- Masukkan pewarna + garam.
- Bahagikan inti kepada 3 bahagian / acuan kuih bakar + 1/2 sudu minyak sapi.
- Acuan kuih bakar letakkan atas api dapur - panaskan. Perlahankan api - tuang bancuhan tepung 3/4 penuh, biarkan 1 minit. Sudukan inti daging dengan mulakan bahagian tengah. Bila nampak garing di tepi kuih, masukkan dalam oven bakar dengan api grill / atas. Bakar selama 20 minit. Makan dengan sos cili.