Pages

Friday, 14 December 2012

NASI KEBULI

NASI KEBULI
sumber : Ummi Zaihadi

4 cawan beras basmathi
5 cawan santan
5 cm halia
1 batang serai
1 helai daun limau purut
2 bj buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
minyak sapi
bawang goreng, kismis

Bahan rempah - satukan
2 sb ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam
2 st serbuk kunyit
garam

- hidangkan dengan lauk ayam percik, acar mentah dll.



NASI KEBULI
sumber : Mat Gebu

1 kg beras basmathi
500g ayam / daging
4 sb kismis
1/2 cawan bawang goreng
2 sb minyak sapi
1 1/2 st garam
Rempah 4 sekawan
1/2 bj buah pala - parut
1 genggam daun ketumbar
2 batang serai - titik
3 helai daun limau purut
1 helai daun pandan
2 helai daun bay 1 liter santan

Bahan kisar -
6 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sb ketumbar biji
1 st jintan halus
1 st jintan kasar
2 cm kunyit hidup
2 cm halia

Cara penyediaannya -

  1. Masak bahan tumis + daun pandan + serai + bay leaf + daun limau purut - wangi
  2. Masukkan bahan kisar + garam - hingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam - gaul rata masak hingga ayam kecut
  4. Masukkan buah pala + santan - masak hingga mendidih
  5. Masukkan beras - kacau, perlahankan api, masak santan hingga meresap dalam nasi, matikan api.
  6. Siapkan pengukus, alas dengan daun pisang / foil - lubangkan bahaian dasar.
  7. Alihkan nasi ke dalam kukus, ratakan. Tepekkan beberapa bahagian nasi dengan minyak sapi.
  8. Taburkan kismis, daun ketumbar. Kukus 30 - 35 min atas air mendidih. Taburkan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.