Pages

Tuesday, 14 August 2012

DAGING MASAK HITAM


DAGING MASAK HITAM
sumber : Dayang Jack

1kg daging - potong lebar 2 jari
1 labu bawang besar - kisar
1 peket kecil serbuk kurma/ sup / briyani
1 peket kecil serbuk kari daging
1 peket kecil ( 40g ) kerisik
~ satukan semua bahan dan perap dengan daging semalaman

1 labu bawang  - kisar
rempah 4 sekawan
2 helai d/ pandan
3 - 4 sb cili kisar
2 - 3 sb tomato puri
kicap pekat, kicap manis
sos tiram, minyak , air

Cara penyediaannya -
  1. Tumis rempah 4 sekawan + bawang - masak hingga garing
  2. Masukkan cili kisar _ masak hingga pecah minyak
  3. Masukkan tomato puri + daging - masak hingga daging kecut
  4. Tambah d/ pandan + air + kicap + sos tiram - masak hingga daging empuk.


DAGING MASAK HITAM MAMAK

1kg daging - potong 16 ketul
2 bj bawang besar - hiris
2 senduk besar / 5 peket kecil rempah kari daging
1 st serbuk jintan putih
1 st serbuk jintan manis
1 st serbuk kaskas
2 senduk besar cili kisar
250g santan pekat
2 senduk kicap pekat Tamin
2 senduk minyak masak

Bahan kisar -
2 bj bawang besar 
6 ulas bawang putih
10cm halia

2 btg serai - ketuk
4 helai d/ pandan - potong 3 in
2 tangkai d/ kari

2 btg kayu manis
4 bj bunga lawang
5 bj pelaga
8 bj bunga cengkih

Cara penyediaannya - 
  1. Rebus daging hingga empuk, tapiskan daging dan simpan air stok
  2. Tumis rempah 4 sekawan + d/ pandan + d/ kari + serai hingga wangi
  3. Masukkan bawang hiris - masak hingga kekuningan
  4. Masukkan bahan kisar - masak hingga wangi
  5. Tambah rempah + kicap - masak hingga mendidih, pekat. Kecilkan api.
  6. Masukkan 1 sb gula pasir + perasa + garam. Hidangkan dengan bawang goreng, d/ pudina.


PES CILI KISAR
sumber : Mamak

1 bahagian cili kering
1 bahagian air
1 sb minyak masak
~ kisar hancur, simpan bahagian beku peti sejuk. Jangan kisar ketika cili panas nanti pisau / blade tumpul.