Pages

Tuesday 14 August 2012

DONUT GEBU


DONUT GEBU
sumber : Norasikin Basri

1kg tepung gandum
11g yis mauripan
2 sb susu pekat manis
1/2 st garam
1/2 cawan minyak masak
550g air bertapis
minyak - goreng tenggelam

Cara penyediaannya -
  1. Larutkan garam + susu + air - dalam suhu bilik
  2. Gaulkan yis + tepung hingga rata + 1/2 cawan minyak - gaul ramas sebati hingga tiada butiran kasar, adunan akan jadi halus dan donut lembut
  3. Masukkan cecair sekaligus, gaulkan guna hujung jari hingga tiada air bertakung - uli jadi doh lembab dan melekit ( adunan akan melekat di tangan, kaup dengan sudu )
  4. Rehatkan adunan - timbang 50g setiap satu - bulatkan jadi bebola licin ( menghasilkan 34 bj donut )
  5. Leperkan bebola setebal 1 - 1.5 cm, tebuk lubang di tengah menggunakan penutup botol - trim sedikit bentuknya supaya bulat.
  6. Biarkan donut mengembang di tempat tertutup supaya tidak kering selama 1/2 - 1 jam. Donut akan kembang lagi apabila digoreng dalam minyak banyak ( api sederhana ), toskan dan gaul dengan gula.
  7. Gunakan tepung Blue Key / Lily / Cempaka.
  8. Uli tangan dari menggunakan mesin - jadi lebih padat dan berat ( liat )
  9. Tak perlu larutkan yis dalam air suam kerana apabila yis segera digunakan proses membiakkan yis hanya membuang masa.
  10. Jika donut terlebih kembang, rongga udara dalam donut terlalu besar. Jika kurang kembang donut jadi berat dan mampat.
  11. Simpan dalam sejuk beku/ freezer - dalam tupperware / plastic seal, defrost dulu sebelum goreng.
  12. Donut akan kekal gebu dalam tempoh 24jam.
  13. Buatkan donut dalam pelbagai perisa dan hiasan. Dengan resepi yang sama boleh buat pau goreng inti sambal, kelapa, kacang dsbnya.


PAU GORENG/ SAMBAL
sumber : Norasikin Basri

1kg tepung gandum
11g yis mauripan
500g air
3 sb susu pekat manis / krimer manis
2/3 cawan minyak masak
1/2 st garam
minyak - untuk goreng tenggelam
sambal tumis + timun
breadcrumbs + batter untuk lekatkan breadcrumbs

PAU SAMBAL - bulatkan bebola 30g, letak atas dulang - tekan sikit supaya leper ( senang goreng )

SOSEJ ROLL - timbang 50g, gentel jadi panjang 1 kaki dengan keadaan runcing kiri dan kanan dan berisi/ gemuk di tengah. Lilitkan pada sosej, selitkan pada hujung supaya tidak terbuka sewaktu mengembang.
BATTER ( sosej roll ) - nisbah 1 tepung gandum : 2 tepung beras - gaulkan dengan air untuk mendapatkan batter yang pekat seperti adunan lempeng. Biarkan kembang 20 minit, sapukan batter pada sosej roll dan golekkan dengan breadcrumbs - goreng.