Pages

Tuesday, 14 August 2012

EGG TARTS


EGG TARTS
sumber : Norasikin Basri

Pastri - kulit rangup dan tahan lama
120g mentega - sejuk
50g gula icing
1 bj telur
240g tepung gandum
1/2 st vanila

Cara penyediaannya -
  1. Mentega + tepung gandum - gaul dengan hujung jari kedua -dua tangan hingga berderai seperti serbuk roti. Teknik gaul ramas - untuk masukkan udara ke dalam pastri
  2. Masukkan gula - gaul
  3. Masukkan telur + vanila. Elakkan menguli dan pegang terlalu lama kerana lemak pastri akan mencair, doh jadi liat dan lembik. Lenser acuan dengan mentega / margerin. Ambil sedikit, tekan dalam acuan, cucuk dasarnya.Bakar 180c selama 5 minit.


CUSTARD FILLING
1/4 cawan whipping cream
1/4 cawan air suam
1/4 cawan gula pasir
2 st susu tepung
3 bj kuning telur
pewarna kuning
vanila

Cara penyediaannya -
  1. Masukkan susu tepung + air suam - kacau hingga larut
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk, whisk. Tuang dalam pastri 3/4 penuh.
  3. Bakar 180c selama 15 - 20 min

TIPS BUAT PASTRI -
  1. Elakkn pastri mudah pecah / kecut - rehatkan dulu pastri - 15 minit sebelum dibakar
  2. Adunan kastad tidak boleh dipukul ( akan jadikan kembang - akan mengalir keluar apabila dibakar ). Kastad yang kembang akan mengecut semula bila sejuk, bentukkan kawah yang tak menarik. Untuk mengatasinya - panaskan adunan kastad secara double boiler hingga dapat adunan lebih peka. Pastikan suam sahaja, bukan panas mendidih.
  3. Gun whipping cream untuk warna tat lebih cantik apabila masak, bukan susu uht
  4. Kalau guna puff pastri tak perlu bakar dulu, terus tuangkan kastad dan bakar 200c selama 15 minit.