Pages

Sunday, 12 August 2012

NASI BRIYANI KOFTA




















NASI BRIYANI KOFTA
sumber : Lydia Honey

2 cawan beras basmathi - rendam + garam 30 minit - toskan
3 cawan air
2 sb minyak sapi
3 sb minyak masak
2 bj bawang besar - hiris
1 genggam gajus
1 genggam kismis - rendam 10 minit

1 sb garam masala
1 sb rempah kurma
1/2 st serbuk jintan
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam
1/2 st serbuk kunyit
1/4 st serbuk cili

rempah 4 sekawan
1 bj bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 in halia - kisar
~ satukan dengan rempah - jadikan pes

2 bj tomato - potong 4
1/2 cawan plain yogurt
1 st pewarna kuning telur
1/2 st air mawar

1/2 cawan d/pudina - potong kasar
1/4 cawan d/ ketumbar - potong kasar

Cara masak nasi -

  1. Masak air hingga mendidih + beras - masak hingga 1/4 masak, toskan. Ketepikan. Sementara tunggu nasi masak, masak kuah briyani.
  2. Panaskan minyak sapi + minyak masak - tumis bawang besar hingga kekuningan + kismis + gajus. Masak hingga kekuningan, angkat dan ketepikan. Keluarkan separuh minyak baki gorengan, tumiskan rempah 4 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan pes bawang + halia + rempah - masak hingga pecah minyak + tomato
  4. Masukkan kofta + 1/2 cawan - masak hingga separuh pekat.
  5. Masukkan yogurt + d/ pudina + d/ ketumbar - masak hingga 1- 2 minit, matikan api.
  6. Dalam periuk lain, tuang baki gorengan yang dikeluarkan tadi susun kofta di dasar periuk + kuah briyani - lapiskan dengan nasi 1/4 masak tadi + bahan gorengan + d/pudina , d/ketumbar.
  7. Tuang baki minyak + pewarna + air mawar di permukaan nasi, tutup periuk dengan foil + tudung periuk. Tanak dengan api perlahan 15 - 20 minit, tutup api. Biarkan 5 minit jangan buka penutup. Selepas 5 minit, buka periuk - gemburkan nasi. Tuang dalam dulang, hidangkan dengan salad, yogurt.





YOGURT
1 cawan plain yogurt
1 bj tomato - dadu
1 bj timun - dadu
1 sb d/ parsley - cincang halus
1 sb d/ pudina - cincang 
1 ulas bawang putih - tumbuk
garam, lada hitam
~ campurkan semua bahan, sejukkan.








KOFTA ARABI
500g daging cincang
2 bj bawang besar - dadu
4 ulas bawang putih - cincang
1 st d/ pudina
1 st serbuk jintan
1/2 st serbuk lada hitam
1 st garam
1/2 st serbuk ketumbar
1 bj tomato besar - kisar tanpa air
1/2 cawan d/ parsley - cincang halus
1 st plain yogurt
2 sb minyak zaitun

Cara penyediaannya -
  1. Campurkan semua bahan - gaul sebati, rehatkan 10 minit.
  2. Dengan tangan yang basah, ambil bulatkan bebola dan bentukkan bujur. Buat hingga habis.
  3. Panaskan non stick pan - goreng hingga keperangan dengan api perlahan.