Pages

Sunday 12 August 2012

NASI TOMATO ARAB



NASI TOMATO ARAB
sumber : Lydia Honey

2 cawan beras basmathi - rendam + garam 30 minit, toskan.
3 cawan air
3 sb minyak masak + minyak sapi
rempah 4 sekawan
1/3 st Arabic Mixed Spice
2 sb pes tomato
1 kiub pati ayam
1 helai bay leaf

Bahan kisar -
1/2 bj bawang besar
1 ulas bawang putih
1 in halia

TIPS MASAK NASI
1. untuk nasi + rempah + susu - sukatan 1 beras : 1 air
2. supaya nasi tak mentah, tutup rapat dengan foil supaya wap tak keluar selepas gembur nasi - tutupkan
    periuk dan letak pemberat ( batu lesung dsbnya )
3. jangan buka nasi hingga benar- benar masak
4. jangan terlebih kacau supaya nasi tak patah



NASI TOMATO ARAB
sumber : Ummi Zaihadi

4 cawan beras basmathi
4 cawan air rebusan daging
11 ulas bawang merah - hiris
6 ulas bawang putih
2 batang serai
Rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
3/4 cawan tomato puri

1/2 tin susu cair
1 bj lemon
- jadikan susu masam

minyak sapi + minyak masak
daun pandan
kismis, tomato ceri
daun pudina, daun ketumbar

Cara penyediaannya -

  1. Tumis rempah 4 sekawan + serai + daun pandan  + bahan tumbuk hingga wangi
  2. Masukkan tomato puri + beras - kacau sekejap
  3. Masukkan air + susu masam + garam, gula - alihkan ke rice cooker. Taburkan daun pudina, ketumbar, kismis.