DAGING PANGGANG BEREMPAH
sumber : Chef Joha
2 - 2.5 kg peha kambing / leg of lamb
2 sb rempah garam masala
2 sb bj ketumbar
1 st bj jintan manis
3 sb dried rosemary
2 st dried thyme
2 in halia
4 - 5 ulas bawang putih
1 st bj lada hitam
2 tangkai daun pudina
2 sb madu
garam, gula
minyak zaitun
Cara penyediaannya -
- Kisar semua bahan rempah + daun pudina - gaulkan pada daging
- Cucukkan daging dengan pisau, sapukan rempah dalam kelaran/ potongan daging tadi + minyak - perap semalaman dalam plastic cling.
- Panaskan tray besar/ grill pan - goreng daging 8 minit, golekkan rata. Bungkus dalam foil, bakar dlam oven setkan suhu grill 200c. Letak 1 mangkuk air di hujung oven. Bila nak masukkan daging setkan suhu 150c, panggang 30 minit. Buka foil, panggang lagi 40 minit. Pusingkan peha kambing selepas 20 minit pembakaran.
- Bila sudah masak, rehatkan 15 minit dan tuangkan madu. Jus yang keluar dari daging tuangkan sekali supaya daging lebih berperisa dan tak kering.