Pages

Tuesday, 28 August 2012

BATTER FISH AND CHIPS


BATTER FISH AND CHIPS

fillet ikan dory - dipotong
~ celur dulu dalam air panas + garam

3 sb tepung gandum
2 sb tepung beras
1 sb tepung jagung
air secukupnya - seperti bancuhan goreng pisang
garam, perasa / msg
3 sb minyak masak
~ satukan semua bahan dengan whisk
~ celup dalam batter dan golekkan dalam tepung - goreng deep fried

BATTER CHICKEN CHOP


BATTER CHICKEN CHOP / TEPUNG SALUT

4 keping peha ayam / leg quarters - debone / buang tulang - lap kering
garam, lada sulah
~ perap dengan ayam

100g tepung gandum
30g tepung jagung
1 sb tepung beras
~ satukan dengan whisk dalam mangkuk

160 - 180ml air
80g serbuk roti






DAGING PEDAS SIAM


DAGING PEDAS SIAM
sumber : Mat Gebu

400g daging batang pinang - hiris
1 1/2 sb pes tomyam
2 batang serai - titik
5 cm lengkuas - potong 3, ketuk
3 sb pati santan / susu cair
10bj cili padi hijau - ketuk
10bj cili padi merah - ketuk
3 helai daun limau purut - hiris
10bj bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
5 cm halia - hiris
1/2 cawan air
1 sb sos ikan
2 st gula
4 bj limau kasturi - jus
1 kiub daging

Cara penyediaannya -

  1. Tumis bahan hiris + serai + lengkuas hingga wangi
  2. Masukkan pes tomyam + daun limau purut + daging - masak hingga daging kecut
  3. Masukkan air + santan + kiub + gula + sos ikan - kecilkan api. Masak hingga pekat + cili padi 1 - 2 minit. Tutup api + jus limau.

ROTI JALA


ROTI JALA
sumber : Kak Jee

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan / susu cair
1 cawan air
1 bj telur
secubit garam
pewarna kuning telur
~ kisar sebati.

CRUSTED CHICKEN WITH LEMON SAUCE


CRUSTED CHICKEN WITH LEMON SAUCE

2 keping dada ayam
1 sb daun basil
1/2 cawan tepung gandum
1 bj telur - dipukul
3/4 cawan breadcrumbs
1 sb butter
1/2 sb minyak zaitun
gram, lada hitam
~ cairkan butter + minyak zaitun - goreng ayam yang disalut dengan telur, tepung dan breadcrumbs, goreng hingga kekuningan. Alihkan ke oven, bakar 1/2 jam 200c.


LEMON SAUCE

1/2 cawan jus lemon
1/4 cawan gula
1 bj lemon - parut kulit
1 sb tepung jagung + 5 sb air - bancuh
1/4 cawan stok ayam
5 ulas bawang putih - hiris
2 in halia - hiris
~ tumis bawang putih + halia hingga wangi + stok ayam + jus lemon + gula + kulit limau.
~ tuangkan bancuhan tepung jagung - kacau hingga sos sedikit pekat , tutup api, angkat tuang atas ayam.

Monday, 27 August 2012

NASI BRIYANI UDANG


NASI BRIYANI UDANG MAMAK

500g beras basmathi
500g udang besar - jangan buang kepala, buang kulit tengah dan belah belakang buang urat hitam

bahan perap udang -
1 bj limau nipis / 1/2 bj lemon - ambil jus
1 sb pes halia dan bawang putih
garam

4 bj bawang besar - hiris, bahagikan 3 mangkuk
1 helai daun pandan - simpul
3 bj tomato - kiub

A.  4 sb ketumbar biji
2 sb jintan manis
2 sb jintan putih
1 sb kaskas
rempah 3 sekawan ( x bunga lawang )
~ goreng tanpa minyak, pelaga buang kulit ambil biji sahaja - kisar kering

B.  2 bj cili hijau
1/2 cawan daun ketumbar - cincang
1/2 cawan daun pudina
1 sb saffron / pewarna kuning telur
3 - 5 sb susu panas
5 -7 sb minyak masak
daun ketumbar - hiasan


bahan untuk nasi -
  1. Basuh beras, toskan - rendam dalam air panas 15 - 20 minit, toskan dalam penapis
  2. Masak beras dengan nisbah 1 : 1, masukkan garam + 1/2 st gula + 1 st minyak sapi
  3. Masukkan saffron / pewarna - masak dalam rice cooker. Bila suis rice cooker tendang terus matikan suis. Tak perlu tanak kering, keluarkan nasi yang masih berair itu, tapiskan. ( masak 3/4 sahaja )

Udang briyani -
  1. Panaskan kuali + minyak - goreng udang dalam suhu panas, warna udang kemerahan - masak selama 3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama - goreng 1 bahagian bawang yang dihiris hingga garing dan kekuningan. Angkat dan ketepikan untuk hiasan.
  3. Gunakan semula minyak goreng bawang, masukkan 1 bahagian bawang hiris - masak hingga layu + rempah B + daun pandan - masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan udang + rempah serbuk A - goreng sekejap sahaja nanti udang kecut ( 4 - 5 minit )

dalam rice cooker -
  1. Sapukan minyak sapi disekeliling dalam periuk. Masukkan separuh nasi + udang briyani / masala. Kambus dengan baki separuh nasi tadi.
  2. Tutup dngan gam tepung - ambil kain yang panjang, rendam dalam air tepung gandum yang pekat, salutkan tudung disekeliling periuk.
  3. Lapikkan kuali leper di bawah periuk nasi supaya nasi tidak hangit. Boleh guna kaedah baine marie / water bath. Boleh masak dalam oven ( masak nasi dengan suhu 60 - 70c ). 


Friday, 17 August 2012

BONESTEAK



BONESTEAK
sumber : Chef Wan

500g ekor / tulang lembu
1/2 cawan minyak masak
6 cawan air atau lebih
2 sb tomato puri
1 batang carrot - dadu
2 batang celery - dadu
1 biji kentang - dadu
rempah 4 sekawan

bahan tumbuk - sangai, tumbuk
2 sb ketumbar biji
1 sb jintan putih
1 sb jintan manis

bahan kisar -
10 bj bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai - hiris
1 cm halia
2 sb cili kisar

garam, lada hitam
d/ ketumbar - hiris
bawang goreng

Cara penyediaannya -
  1. Panaskan minyak, tumis tulang / ekor lembu hingga perang sedikit - angkat, toskan
  2. Dalam minyak yang sama + rempah 4 sekawan + bahan kisar - goreng hingga wangi
  3. Masukkan bahan tumbuk - masak dengan api kecil, kacau hingga wangi
  4. Masukkan tomato puri + tulang + air - renihkan
  5. Masukkan carrot + kentang + celery - masak hingga empuk + garam + lada hitam.





BONESTEAK 1
sumber : Chef Joha

1kg rusuk kambing - potong panjang
2 bj carrot - potong serong, kasar
1/2 cawan kicap manis
rempah 4 sekawan
2 helai d/ pandan - simpul
1 cawan air
garam,gula

bahan sangai, tumbuk / kisar kering -
1 st jintan halus
1 st jintan kasar
1 st ketumbar biji
2 st lada hitam

bahan kisar -
2 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
1 in halia
3 sb cili kisar

bahan tabur -
bawang goreng
ceri tomato
daun ketumbar - hiris halus

Cara penyediaannya -
  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan + d/ pandan hingga wangi
  2. Masukkan bahan kisar - masak hingga garing + rempah kisar - kacau sekejap
  3. Masukkan tulang - gaulkan + air secukupnya + kicap manis
  4. Masukkan carrot - masak hingga empuk + garam, gula - masak hingga mendidih. Hidangkan dengan bawang goreng, ceri tomato dan d/ ketumbar.


BONESTEAK 2
sumber : Chef Joha

3kg tulang lembu + 1kg tulang rusuk - rebus

bahan untuk rebus dengan tulang -
rempah 3 sekawan
lada hitam biji
jintan putih
pes bawang putih dan halia
4 helai d/ pandan - simpul
1/2 cawan jus lemon
garam, gula
~ rebus 1 jam 15 minit, tapis stok - asingkan tulang. Alihkan ke periuk, keluarkan lemaknya.

A - bahan kisar -
10 ulas bawang putih
12 bj bawang merah 
3 in halia
3 bj tomato - dadu
1 mangkuk d/ pudina
~ tumis semua bahan, masak hingga pekat dan ketepikan.

3 bj bawang besar - hiris
1/2 cawan jus lemon
1 tin kecil tomato puri
2 bj tomato - dadu
2 sb sos tomato
4 helai d/ pandan
4 sb minyak
6 sb cili merah - kisar
garam, gula

rempah 3 sekawan
1 st jintan putih biji
1 st serbuk ketumbar
1 st serbuk lada hitam
2 sb  rempah 786 Bonesteak

Cara penyediaannya -
  1. Panaskn minyak, tumis bawang besar hingga wangi + rempah 3 sekawan + jintan putih + d/ pandan - masak hingga wangi
  2. Masukkan tulang rusuk - masak hingga empuk dan pekat
  3. Masukkan tomato + tomato puri + sos tomato + rempah serbuk + rempah bonesteak
  4. Masukkan jus lemon + garam, gula + tulang kambing - gaul rata
  5. Masukkan bahan kisar A - gaul rata + stok.