Pages

Friday, 7 September 2012

DAGING PANGGANG BEREMPAH





DAGING PANGGANG BEREMPAH
sumber : Chef Joha

2 - 2.5 kg peha kambing / leg of lamb
2 sb rempah garam masala
2 sb bj ketumbar
1 st bj jintan manis
3 sb dried rosemary
2 st dried thyme
2 in halia
4 - 5 ulas bawang putih
1 st bj lada hitam
2 tangkai daun pudina
2 sb madu
garam, gula
minyak zaitun

Cara penyediaannya -
  1. Kisar semua bahan rempah + daun pudina - gaulkan pada daging
  2. Cucukkan daging dengan pisau, sapukan rempah dalam kelaran/ potongan daging tadi + minyak - perap semalaman dalam plastic cling.
  3. Panaskan tray besar/ grill pan - goreng daging 8 minit, golekkan rata. Bungkus dalam foil, bakar dlam oven setkan suhu grill 200c. Letak 1 mangkuk air di hujung oven. Bila nak masukkan daging setkan suhu 150c, panggang 30 minit. Buka foil, panggang lagi 40 minit. Pusingkan peha kambing selepas 20 minit pembakaran.
  4. Bila sudah masak, rehatkan 15 minit dan tuangkan madu. Jus yang keluar dari daging tuangkan sekali supaya daging lebih berperisa dan tak kering. 

AYAM PANGGANG KETUMBAR




AYAM PANGGANG KETUMBAR
sumber : Chef Joha

1 ekor ayam - belah 2

bahan kisar -
1.5 labu bawang besar
1.5 in halia
4 ulas bawang putih
1.5 pokok daun ketumbar + akar
1 genggam daun pudina
1 genggam badam - goreng tanpa minyak
1 genggam gajus - goreng tanpa minyak
2 batang serai
1/2 in kunyit hidup

garam, gula

Cara penyediaannya -

  1. Panaskan minyak . tumis daun pandan hingga wangi + bahan kisar - masak hingga mendidih
  2. Masukkan ayam + garam + gula - biarkan masak, angkat ayam bakar dalam oven.
  3. Panaskan oven setting grill 180c dulu . Bila masukkan ayam turunkan suhu 160c, grill 15 minit.


AYAM PANGGANG MADU CHEF JOHA











AYAM PANGGANG MADU CHEF JOHA
sumber : Chef Joha

1 ekor ayam - dibersihkan , lumurkan dengan garam

bahan untuk rebus ayam -
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lwang
1 batang carrot
1 batang celery

30g madu
serbuk kayu manis
serbuk ketumbar
dried rosemary
minyak zaitun

Cara penyediaannya -

  1. Rebus ayam 3/4 masak, keluarkan. Biarkan sejuk, sapukan dengan rempah serbuk + madu
  2. Bakar 140c setting grill selama 20 min. Pusingkan ayam pada 10 minit pertama supaya rata pembakarannya. Air rebusan ayam boleh dijadikan sup.

Tuesday, 28 August 2012

KUIH BAKAR DAGING

sumber gambar dari Mat Gebu




sumber gambar dari Google



KUIH BAKAR DAGING
sumber : Kak Jee

250g daging - cincang
1 1/2 sb rempah kari daging
1 labu bawang besar - cincang
garam, perasa
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan / susu cair / low fat milk
1 1/2 cawan air
5 bj telur
pewarna kuning
daun bawang
minyak sapi
oven 180c

Cara penyediaannya -
  1. Tumis 1 sb minyak + bawang hingga kekuningan + rempah - goreng sekejap sahaja nanti pahit
  2. Masukkan daging - masak hingga air daging kering, ketepikan.
  3. Pukul telur hingga kembang + susu + air - kacau dengan whisk + tepung, kacau lagi.
  4. Masukkan pewarna + garam.
  5. Bahagikan inti kepada 3 bahagian / acuan kuih bakar + 1/2 sudu minyak sapi.
  6. Acuan kuih bakar letakkan atas api dapur - panaskan. Perlahankan api - tuang bancuhan tepung 3/4 penuh, biarkan 1 minit. Sudukan inti daging dengan mulakan bahagian tengah. Bila nampak garing di tepi kuih, masukkan dalam oven bakar dengan api grill / atas. Bakar selama 20 minit. Makan dengan sos cili.

CHICKEN MARYLAND


CHICKEN MARYLAND

2 ketul peha ayam - debone, lap kering
1 st garam
1/2 st lada hitam
1/2 st dried thyme / oregano / basil
1/4 st paprika
2 cawan tepung gandum
1 bj telur - dipukul
2 cawan breadcrumbs
minyak - untuk goreng tenggelam

1 bj pisang - belah 2, goreng
2 keping nenas tin - grill
broccoli, carrot - celur
tongkol jagung - rebus
french fries

DALCA SAYUR


DALCA SAYUR
sumber : Chef Li

kacang dal Australia - rebus empuk
stok rebusan daging + air
kacang panjang
terung
kentang rebus
carrot
garam kasar

bahan untuk tumis darat -
rempah 3 sekawan
halia - julienne
daun kari
 rempah dalca-
2 sb rempah garam masala
1 sb serbuk kunyit

KAMBING MASAK HITAM


KAMBING MASAK HITAM
sumber : Chef Li

1kg daging kambing - rebus
5 tangkai cili kering
rempah 4 sekawan
4 ulas bawang putih - hiris
1 in halia - julienne
1 batang serai - ketuk
1 st serbuk lada hitam
1 sb rempah garam masala
4 tangkai daun kari
sedikit pewarna caramel
sos BBQ
stok + air

bahan tabur -
badam, gajus goreng
kismis
tomato ceri

Cara penyediaannya -
  1. Tumis rempah 4 sekawan + halia + serai + daun kari hingga wangi
  2. Masukkan rempah garam masala - kacau sekejap + stok
  3. Masukkan daging + lada hitam + caramel + sos BBQ - kacau, masak hingga sedikit pekat dan terbit minyak
  4. Hidangkan dengan bahan tabur.