Pages

Sunday, 12 August 2012

CHICKEN 65


CHICKEN 65
sumber : Lydia Honey

1 ekor ayam - potong 10, cuci dan rendam + 2 sb cuka - toskan
1 st Arabic Mixed Spice
1/2 st lada hitam
1/2 st serbuk pelaga
1/2 st serbuk kayu manis
1/2 st serbuk bunga lawang
1/2 st serbuk jintan

Bahan kisar -
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
 1 in halia

1 sb yogurt
2 sb jus lemon
pewarna kuning telur
garam
d/ kari
bawang goreng
minyak gorng tenggelam

~Perap ayam + bahan rempah + sedikit serbuk cili - goreng garing, angkat. Taburkan bawang goreng.
Hidangkan dengan Nasi Jintan Arab.



CHICKEN 65
sumber : Mamak

Bahan perap ayam -
1kg dada ayam - dadu saiz nugget
1 st serbuk cili
1/2 sb serbuk lada hitam
garam

Untuk goreng -
2 bj putih telur
2 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum
minyak masak
garam

1/2 cawan yogurt/ buttermilk
1 st pewarna oren
1 sb pes halia
1 sb pes bawang putih
2 sb minyak masak
1 sb jus lemon
bawang goreng

Cara penyediaannya -

  1. Satukan ayam + serbuk cili + serbuk lada hitam + garam - perap 30 minit
  2. Masukkan tepung jagung + tepung gandum + putih telur - adun
  3. Goreng ayam hingga keperangan , goreng sedikit-sedikit
  4. Dalam kuali lain + 2 sb minyak - panaskan + pes bawang putih dan halia. Masak hingga keperangan, kecilkan api.
  5. Masukkan yogurt + pewarna oren + garam - masak hingga mendidih + isi ayam - masak hingga kuah kering, kacau selalu. Matikan api + jus lemon - kacau.


BRIYANI KAMBING ARAB


BRIYANI KAMBING ARAB
sumber : Lydia Honey

Bahan untuk rebusan daging -
700g daging kambing bertulang
2 helai bay leaf
rempah 4 sekawan
1 in halia - ketuk
1 bj bawang besar - belah 4
2 ulas bawang putih - ketuk
1 bj tomato - belah 4
1/2 st serbuk lada hitam
air secukupnya untuk merebus
~ rebus dalam pressure cooker hingga daging empuk, keluarkan daging. Tapis stok, ketepikan.



DAGING BRIYANI
2 sb minyak sapi
1 sb minyak masak

 Bahan kisar -
1 in halia
3 ulas bawang putih
1 bj bawang besar

rempah 4 sekawan
1 st Arabic Mixed Spice
2 sb rempah briyani
1/4 st serbuk kunyit
1/2 st serbuk jintan
2 sb yogurt
1 bj kentang - dadu, goreng

Cara penyediaannya -
  1. Dalam mangkuk kecil masukkan 1/2 bahan kisar + bahan rempah + air - jadikan pes pekat, ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar + rempah 4 sekawan hingga wangi + pes rempah - mask hingga pecah minyak
  3. Masukkan daging rebus - kacau sekejap
  4. Masukkan yogurt + stok daging - masak hingga separuh pekat dan kering
  5. Masukkan kentang goreng + garam - masak hingga pecah minyak, angkat.


NASI BRIYANI

2 cawan beras basmathi - rendam + garam, cuci dan toskan
2 sb minyak masak + minyak sapi
2 bj pelaga 
1 sb garam
3 cawan air

Cara penyediaannya -
  1. Dalam periuk, didihkan air yang banyak ( macam rebus pasta ) + bay leaf + garam + minyak - masak hingga mendidih
  2. Masukkan beras - rebus hingga beras hampir masak, tutup api dan toskan airnya


1 bj kentang besar - kupas kulit, dadu besar - goreng hingga kekuningan
d/ ketumbar, d/ pudina - potong kasar
pine nuts, badam - goreng
1 st air mawar
sedikit pewarna kuning telur/ saffron
garam
stok daging

Cara penyediaannya -
  1. Dalam periuk nasi, sendukkan lauk daging briyani, ratakan menutupi dasar periuk.
  2. Taburkan sedikit d/pudina, d/ ketumbar
  3. Lapiskan dengan nasi menutupi daging
  4. Tuang 1/2 cawan stok daging atas nasi + air mawar + pewarna + d/ pudina, d/ ketumbar
  5. Tutup dengan foil dan tudung periuk - tindih dengan batu lesung, masak dengan api kecil
  6. setelah masak terbalikkan periuk atas pinggan besar / dulang - taburkan d/ketumbar + kismis. 






DAGING MASAK KANDAR


DAGING MASAK KANDAR
sumber : Lydia Honey

1 kg daging - potong , rebus - simpan stok
1 bj bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 in halia - kisar
2 sb kicap pekat
2 sb pes tomato
1 pkt kecil serbuk kari daging
2 sb rempah kurma
1/2 st serbuk ketumbar
sedikit serbuk pala
1 bj tomato - potong 4
1 bj bawang besar - mayang
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
d/ ketumbar, d/ kari
garam, minyak

Cara penyediaannya -

  1. Satuka bahan rempah + bahan kisar - jadikan pes
  2. Panaskan minyak, tumis kayu manis + bunga lawang + pes rempah - masak hingga pecah minyak
  3. Masukkan bawang mayang + d/ kari + kicap + pes tomato - kacau
  4. Masukkan 1/3 cawan stok + tomato - kacau + daging - masak hingga pekat.

NASI JINTAN ARAB

Gambar dari Lydia Honey


NASI JINTAN ARAB
sumber : Lydia Honey

1kg beras basmathi - rendam + garam 1 jam, cuci dan toskan.
1 liter stok
250ml pes tomato
2 st pewarna kuning telur
1 kiub pati ayam
rempah 4 sekawan
2 sb serbuk jintan
1 sb serbuk ketumbar
1 1/2 sb Arabic Mixed Spice
1/2 cawan minyak masak + minyak sapi
1 sb air mawar

STOK AYAM - PANGGANG
1 ekor ayam - potong 4, rendam + cuka - bersihkan, tos
2 helai bay leaf
3 bj pelaga
1 bj bawang besar - potong 4
2 ulas bawang putih - ketuk
1/2 st Arabic Mixed Spices
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan
1 st garam
air secukupnya untuk masak nasi dan sup/ maraq

Cara penyediaannya -
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk, rebus hingga ayam empuk. Tutup api, angkat ayam dan tapiskan stok.
  2. Ayam gaulkan dengan garam + secubit serbuk jintan + serbuk lada hitam + minyak zaitun + pewarna 
  3. Bakar 180c selama 5 - 10 minit.


NASI JINTAN ARAB
sumber : Lydia Honey

2 cawan beras basmathi - rendam + garam - cuci, toskan.
3 cawan air
2 sb minyak masak
1/2 st pewarna kuning telur
1 kiub pati ayam

rempah 4 sekawan
1/4 st Arabic Mixed spice
1/4 st serbuk ketumbar
1/4 st serbuk jintan
1/2 st ketumbar biji

badam, pine nuts - goreng
d/ ketumbar - potong kasar


AYAM PANGGANG - stok
1/2 ekor ayam - potong 2, rendam + cuka - bersihkan, tos
1 helai bay leaf
2 bj pelaga
1 bj bawang besar - potong 4
1 ulas bawang putih - potong 2
1/4 st Arabic Mixed Spice
1/4 st serbuk ketumbar
1/4 st serbuk jintan
1/2 st garam
air secukupnya - untuk rebus ayam.

Cara penyediaannya -
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk, rebus hingga ayam empuk. Tutup api, angkat ayam - tapiskan stok untuk masak nasi jintan.
  2. Ayam + secubit serbuk jintan + garam + serbuk lada hitam + minyak zaitun + pewarna - gaul rata, bakar 180c selama 5 - 10 minit ( api atas bawah ). Hidangkan dengan salad buah / sayur dan salsa tomato.

SALSA TOMATO
1 bj tomato - dadu halus
1 bj bawang besar - dadu halus
1 ulas bawang putih - cincang
cili hijau / cili padi - cincang
jus lemon/ limau
garam.












NASI TOMATO ARAB



NASI TOMATO ARAB
sumber : Lydia Honey

2 cawan beras basmathi - rendam + garam 30 minit, toskan.
3 cawan air
3 sb minyak masak + minyak sapi
rempah 4 sekawan
1/3 st Arabic Mixed Spice
2 sb pes tomato
1 kiub pati ayam
1 helai bay leaf

Bahan kisar -
1/2 bj bawang besar
1 ulas bawang putih
1 in halia

TIPS MASAK NASI
1. untuk nasi + rempah + susu - sukatan 1 beras : 1 air
2. supaya nasi tak mentah, tutup rapat dengan foil supaya wap tak keluar selepas gembur nasi - tutupkan
    periuk dan letak pemberat ( batu lesung dsbnya )
3. jangan buka nasi hingga benar- benar masak
4. jangan terlebih kacau supaya nasi tak patah



NASI TOMATO ARAB
sumber : Ummi Zaihadi

4 cawan beras basmathi
4 cawan air rebusan daging
11 ulas bawang merah - hiris
6 ulas bawang putih
2 batang serai
Rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
3/4 cawan tomato puri

1/2 tin susu cair
1 bj lemon
- jadikan susu masam

minyak sapi + minyak masak
daun pandan
kismis, tomato ceri
daun pudina, daun ketumbar

Cara penyediaannya -

  1. Tumis rempah 4 sekawan + serai + daun pandan  + bahan tumbuk hingga wangi
  2. Masukkan tomato puri + beras - kacau sekejap
  3. Masukkan air + susu masam + garam, gula - alihkan ke rice cooker. Taburkan daun pudina, ketumbar, kismis.

NASI BRIYANI KOFTA




















NASI BRIYANI KOFTA
sumber : Lydia Honey

2 cawan beras basmathi - rendam + garam 30 minit - toskan
3 cawan air
2 sb minyak sapi
3 sb minyak masak
2 bj bawang besar - hiris
1 genggam gajus
1 genggam kismis - rendam 10 minit

1 sb garam masala
1 sb rempah kurma
1/2 st serbuk jintan
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam
1/2 st serbuk kunyit
1/4 st serbuk cili

rempah 4 sekawan
1 bj bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 in halia - kisar
~ satukan dengan rempah - jadikan pes

2 bj tomato - potong 4
1/2 cawan plain yogurt
1 st pewarna kuning telur
1/2 st air mawar

1/2 cawan d/pudina - potong kasar
1/4 cawan d/ ketumbar - potong kasar

Cara masak nasi -

  1. Masak air hingga mendidih + beras - masak hingga 1/4 masak, toskan. Ketepikan. Sementara tunggu nasi masak, masak kuah briyani.
  2. Panaskan minyak sapi + minyak masak - tumis bawang besar hingga kekuningan + kismis + gajus. Masak hingga kekuningan, angkat dan ketepikan. Keluarkan separuh minyak baki gorengan, tumiskan rempah 4 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan pes bawang + halia + rempah - masak hingga pecah minyak + tomato
  4. Masukkan kofta + 1/2 cawan - masak hingga separuh pekat.
  5. Masukkan yogurt + d/ pudina + d/ ketumbar - masak hingga 1- 2 minit, matikan api.
  6. Dalam periuk lain, tuang baki gorengan yang dikeluarkan tadi susun kofta di dasar periuk + kuah briyani - lapiskan dengan nasi 1/4 masak tadi + bahan gorengan + d/pudina , d/ketumbar.
  7. Tuang baki minyak + pewarna + air mawar di permukaan nasi, tutup periuk dengan foil + tudung periuk. Tanak dengan api perlahan 15 - 20 minit, tutup api. Biarkan 5 minit jangan buka penutup. Selepas 5 minit, buka periuk - gemburkan nasi. Tuang dalam dulang, hidangkan dengan salad, yogurt.





YOGURT
1 cawan plain yogurt
1 bj tomato - dadu
1 bj timun - dadu
1 sb d/ parsley - cincang halus
1 sb d/ pudina - cincang 
1 ulas bawang putih - tumbuk
garam, lada hitam
~ campurkan semua bahan, sejukkan.








KOFTA ARABI
500g daging cincang
2 bj bawang besar - dadu
4 ulas bawang putih - cincang
1 st d/ pudina
1 st serbuk jintan
1/2 st serbuk lada hitam
1 st garam
1/2 st serbuk ketumbar
1 bj tomato besar - kisar tanpa air
1/2 cawan d/ parsley - cincang halus
1 st plain yogurt
2 sb minyak zaitun

Cara penyediaannya -
  1. Campurkan semua bahan - gaul sebati, rehatkan 10 minit.
  2. Dengan tangan yang basah, ambil bulatkan bebola dan bentukkan bujur. Buat hingga habis.
  3. Panaskan non stick pan - goreng hingga keperangan dengan api perlahan.




AYAM MASAK KUZI


AYAM MASAK KUZI
sumber : Norasikin Basri

1 ekor ayam - potong 16
2 btg serai - titik
1 helai / pandan - simpul
rempah 4 sekawan
garam, gula
3 sb cili kisar

Bahan kisar -
1 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan kisar kering -
1 sb ketumbar
1/2 sb jintan putih
1/2 sb jintan manis

2 sb tomato puri
200ml susu cair
30g d/ ketumbar - cincang
1/4 cawan minyak masak

Cara penyediaannya -

  1. Tumis serai + d/ pandan + rempah 4 sekawan hingga wangi
  2. Masukkan bahan kisar + cili kisar - masak hingga garing
  3. Masukkan rempah kisar - kacau sekejap
  4. Masukkan ayam + tomato puri - kacau hingga ayam kecut ( 15 minit )
  5. Masukkan susu cair + garam + gula. Setelah masak, tutup api + d/ ketumbar.
~ boleh tambahkan minyak sapi, yogurt, d/pudina,cili hijau dan air mawar.