Pages

Tuesday, 14 August 2012

AYAM MASAK MERAH


AYAM MASAK MERAH BEREMPAH

1 ekor ayam - potong 12 + serbuk kunyit + garam, perap - goreng 1/2 masak
3 labu bawang besar - potong bulat
rempah 4 sekawan
200g tomato puri / sos tomato
2 bj tomato - belah 6
2 btg serai - titik
3 cm lengkuas - titik
2 tangkai d/ ketumbar
garam,gula
1 cawan air

Bahan kisar -
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sb ketumbar - sangai
1 sb jintan halus - sangai

Bahan tabur -
bawang goreng
kacang peas
d/ ketumbar




AYAM MASAK MERAH
sumber : Pak Engku

1 ekor ayam - potong 12 + serbuk kunyit + garam - goreng

Bahan kisar -
3 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
2 in halia
200g cili kering
3 btg serai - hiris
2 in lengkuas

Rempah 3 sekawan -
3 btg kayu manis
3 bj bunga lawang
5 bj pelaga

1/4 tin susu cair
5 sb minyak masak
5 sb sos cili
2 sb tomato puri
garam, perasa
~ tumis minyak dengan serai + d/ pandan hingga wangi.




AYAM MASAK MERAH
sumber : Cik Mat Gebu

600g ayam
1 bj bawang besar - hiris bulat
1 genggam kacang tanah
1 cawan santan atau 1/2 cawn susu segar + 1/2 cawan air
1/4 cawan cili kisar
2 sb tomato puri
2 tangkai d/ ketumbar - potong kasar
garam, gula

Bahan kisar -
7 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
1/2 in lengkuas
2 bj buah keras

Bahan tumis -
3 bj bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
rempah 3 sekawan

Cara penyediaannya -
  1. Rebus kacang tanah, buang kulit
  2. Ayam + serbuk kunyit + garam - goreng 1/2 masak, angkat
  3. Tumis rempah 3 sekawan hingga wangi + cili kisar + bawang  + tomato puri - masak hingga naik minyak
  4. Masukkan kacang + santan - kacau
  5. Masukkan ayam + d/ ketumbar + garam, gula + bawang besar - masak hingga bawang layu, angkat.



AYAM MASAK MERAH
sumber : Cik Mat Gebu

800g ayam
1 1/2 sb serbuk kunyit
1 st garam
~ perap 20 minit, goreng

Bahan kisar - 
2 bj bawang besar
4 ulas bawang putih
1/4 cawan kismis
1 in halia

1 genggam gajus - goreng
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puri
2 sb sos tomato
2 sb cili kisar
garam,gula
kacang peas



AYAM MASAK MERAH MAMAK

1 ekor ayam - potong 10

Bahan kisar -
10 bj cili merah
1 btg carrot
1 bj tomato

1/2 tin Kimball Tomato Soup
1/2 tin susu cair
2 sb tomato puri
1 helai d / pandan - potong 2 in
3 bj bawang besar - hiris melintang
rempah 3 sekawan
1 senduk minyak masak - untuk menumis
1 sb gula
1 st perasa
2 sb serbuk cili
1 st jintan putih
1 st jintan manis
garam

Cara penyediaannya -
  1. Ayam + serbuk kunyit + garam - perap, goreng 3/4 masak - angkat
  2. Tumis rempah 3 sekawan + serai + bawang hiris hingga kekuningan
  3. Masukkan bahan kisar - masak hingga wangi
  4. Masukkan rempah serbuk + tomato puri + tomato sup
  5. Masukkan susu cair/ santan + garam, gula ,perasa - masak hingga mendidih
  6. Masukkan ayam - gaul sekejap, angkat. Hidangkandengan bawang goreng, d/ pudina


AYAM MASAK MERAH BRIYANI
sumber : Kak Fida

1 ekor ayam - potong 12 + serbuk kunyit + garam - goreng 3/4 masak.

Bahan kisar -
10 bj cili kering
2 bj bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 in halia
3 - 4 btg serai - hiris

2 bj bawang besar - hiris bulat
3 bj tomato - dadu
2 btg serai - titik
1/2 jari lengkuas - titik
2 helai d/ pandan
rempah 4 sekawan
2 sb sos tomato / tomato puri
3 sb rempah briyani
garam, gula melaka
2 tangkai d/ ketumbar
bawang goreng

SOTO MAMAK


SOTO MAMAK

Nasi Impit - rebus 1 jam, bilas dengan air biasa untuk tahan lama, tak basi

AIR REBUSAN AYAM / STOK
1 ekor ayam
5 btg kayu manis
8 bj pelaga
5 - 7 bj bunga cengkih
5 - 7 bj bunga lawang
1 sb minyak cili padi Mida's Green Pepper Sauce atau
10 - 15 bj cili padi - tumbuk, bungkus dalam kain + dalam rebusan
1 1/2 cawan santan pekat - masukkan setelah air mendidih

Cara penyediaannya -
  1. Masukkan air hingga ayam tenggelam + semua rempah - masak hingga air mendidih
  2. Masukkan santan - masak hingga pecah minyak
  3. Keluarkan ayam, basuh dengan air sejuk, tapis.
  4. Keluarkan semua rempah, bungkusan cili padi

PES SOTO MAMAK - 10 - 15 orang
5 - 6 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 st serbuk ketumbar
2 st serbuk jintan manis
2 st serbuk jintan putih
1 sb serbuk lada sulah
10 bj bawang merah atau 2 bj bawang sederhana besar
2 btg serai - ketuk
1 st serbuk kunyit / 1 cm kunyit hidup

Cara penyediaannya -
  1. Kisar semua bahan
  2. Dalam periuk + 1 senduk minyak masak panas + serai - masak hingga wangi + pes. Tumis hingga kekuningan dan wangi
  3. Masukkan air rebusan ayam / stok - masak hingga mendidih
  4. Taugeh - celur + air garam 2- 3 minit, masukkan dalam air sejuk
~ hidangkan bersama bawang goreng, d/ sup + d/ bawang, isi ayam rebus.

CILI PADI
10 - 15 bj cili padi
4 sb gula pasir
2 sb cuka / limau kasturi
kicap manis



DAGING GORENG KETUMBAR


DAGING GORENG KETUMBAR
sumber : JC

1/2kg daging / paru - rebus empuk, hiris nipis dan lebar

Bahan kisar :
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
3 btg serai

2 sb jintan manis - sangai, tumbuk kasar
5 sb ketumbar - sangai, tumbuk kasar

2 st serbuk kunyit
2 sb serbuk cili
4 sb kicap manis
1/4 cawan minyak
garam, gula

Cara penyediaannya -
  1. Satukan semua bahan dan perap dengan daging - 1 jam
  2. Panaskan minyak, goreng daging hingga kering + garam, gula.


DAGING GORENG KETUMBAR
sumber : Anis Nabila

500g daging - hiris

Bahan kisar -
7 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
5 btg serai
sedikit halia 
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas

sedikit air asam jawa
2 sb ketumbar - cuci, toskan dulu
garam, gula, perasa
air secukupnya

Cara penyediaannya -
  1. Satukan semua bahan rempah kisar dengan daging. Tumis - tutup kuali, masak hingga daging kecut. 
  2. Bila air daging hampir kerng + air secukupnya - masak dengan api perlahan sampai kuah pekat
  3. Masukkan bawang besar potong bulat + cili hijau hiris.




KUAH LODEH / LONTONG


KUAH LODEH / LONTONG
sumber : Cik Mat Gebu

1 1/2 sb udang kering - rendam dalam air panas,toskan dan tumbuk kasar
2 btg serai - titik
3 ulas bawang putih - titik
1 bj bawang besar - hiris
1500ml santan cair
500ml pati santan
1/2 st serbuk kunyit
garam, gula

6 tangkai kacang panjang - potong serong
1 bj terung - batonet
1 btg carrot - julienne
sengkuang - julienne
tahu kering/ fucuk - potong kecil, rendam
1 cekak suhun - kerat pendek
putik jagung
bunga kobis

Cara penyediaannya -
  1. Dalam periuk satukan bahan rencah + santan cair + serai - masak hingga mendidih
  2. Masukkan sengkuang + carrot - masak hingga hampir empuk
  3. Masukkan fucuk + terung
  4. Tambahkan pati santan + serbuk kunyit - masak dengan api kecil, kacau
  5. Masukkan suhun + garam + gula

DONUT GEBU


DONUT GEBU
sumber : Norasikin Basri

1kg tepung gandum
11g yis mauripan
2 sb susu pekat manis
1/2 st garam
1/2 cawan minyak masak
550g air bertapis
minyak - goreng tenggelam

Cara penyediaannya -
  1. Larutkan garam + susu + air - dalam suhu bilik
  2. Gaulkan yis + tepung hingga rata + 1/2 cawan minyak - gaul ramas sebati hingga tiada butiran kasar, adunan akan jadi halus dan donut lembut
  3. Masukkan cecair sekaligus, gaulkan guna hujung jari hingga tiada air bertakung - uli jadi doh lembab dan melekit ( adunan akan melekat di tangan, kaup dengan sudu )
  4. Rehatkan adunan - timbang 50g setiap satu - bulatkan jadi bebola licin ( menghasilkan 34 bj donut )
  5. Leperkan bebola setebal 1 - 1.5 cm, tebuk lubang di tengah menggunakan penutup botol - trim sedikit bentuknya supaya bulat.
  6. Biarkan donut mengembang di tempat tertutup supaya tidak kering selama 1/2 - 1 jam. Donut akan kembang lagi apabila digoreng dalam minyak banyak ( api sederhana ), toskan dan gaul dengan gula.
  7. Gunakan tepung Blue Key / Lily / Cempaka.
  8. Uli tangan dari menggunakan mesin - jadi lebih padat dan berat ( liat )
  9. Tak perlu larutkan yis dalam air suam kerana apabila yis segera digunakan proses membiakkan yis hanya membuang masa.
  10. Jika donut terlebih kembang, rongga udara dalam donut terlalu besar. Jika kurang kembang donut jadi berat dan mampat.
  11. Simpan dalam sejuk beku/ freezer - dalam tupperware / plastic seal, defrost dulu sebelum goreng.
  12. Donut akan kekal gebu dalam tempoh 24jam.
  13. Buatkan donut dalam pelbagai perisa dan hiasan. Dengan resepi yang sama boleh buat pau goreng inti sambal, kelapa, kacang dsbnya.


PAU GORENG/ SAMBAL
sumber : Norasikin Basri

1kg tepung gandum
11g yis mauripan
500g air
3 sb susu pekat manis / krimer manis
2/3 cawan minyak masak
1/2 st garam
minyak - untuk goreng tenggelam
sambal tumis + timun
breadcrumbs + batter untuk lekatkan breadcrumbs

PAU SAMBAL - bulatkan bebola 30g, letak atas dulang - tekan sikit supaya leper ( senang goreng )

SOSEJ ROLL - timbang 50g, gentel jadi panjang 1 kaki dengan keadaan runcing kiri dan kanan dan berisi/ gemuk di tengah. Lilitkan pada sosej, selitkan pada hujung supaya tidak terbuka sewaktu mengembang.
BATTER ( sosej roll ) - nisbah 1 tepung gandum : 2 tepung beras - gaulkan dengan air untuk mendapatkan batter yang pekat seperti adunan lempeng. Biarkan kembang 20 minit, sapukan batter pada sosej roll dan golekkan dengan breadcrumbs - goreng.

EGG TARTS


EGG TARTS
sumber : Norasikin Basri

Pastri - kulit rangup dan tahan lama
120g mentega - sejuk
50g gula icing
1 bj telur
240g tepung gandum
1/2 st vanila

Cara penyediaannya -
  1. Mentega + tepung gandum - gaul dengan hujung jari kedua -dua tangan hingga berderai seperti serbuk roti. Teknik gaul ramas - untuk masukkan udara ke dalam pastri
  2. Masukkan gula - gaul
  3. Masukkan telur + vanila. Elakkan menguli dan pegang terlalu lama kerana lemak pastri akan mencair, doh jadi liat dan lembik. Lenser acuan dengan mentega / margerin. Ambil sedikit, tekan dalam acuan, cucuk dasarnya.Bakar 180c selama 5 minit.


CUSTARD FILLING
1/4 cawan whipping cream
1/4 cawan air suam
1/4 cawan gula pasir
2 st susu tepung
3 bj kuning telur
pewarna kuning
vanila

Cara penyediaannya -
  1. Masukkan susu tepung + air suam - kacau hingga larut
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk, whisk. Tuang dalam pastri 3/4 penuh.
  3. Bakar 180c selama 15 - 20 min

TIPS BUAT PASTRI -
  1. Elakkn pastri mudah pecah / kecut - rehatkan dulu pastri - 15 minit sebelum dibakar
  2. Adunan kastad tidak boleh dipukul ( akan jadikan kembang - akan mengalir keluar apabila dibakar ). Kastad yang kembang akan mengecut semula bila sejuk, bentukkan kawah yang tak menarik. Untuk mengatasinya - panaskan adunan kastad secara double boiler hingga dapat adunan lebih peka. Pastikan suam sahaja, bukan panas mendidih.
  3. Gun whipping cream untuk warna tat lebih cantik apabila masak, bukan susu uht
  4. Kalau guna puff pastri tak perlu bakar dulu, terus tuangkan kastad dan bakar 200c selama 15 minit.

BLUEBERRY TARTS


BLUEBERRY TARTS
sumber : Norasikin Basri

Pastri - rapuh dan lembut
200g mentega / margerin
100g gula icing
1 bj telur
400g tepung gandum
1 st vanila
1 sb susu tepung - jika guna margerin untuk dapatkan rasa lemak, jimat kos

Cara penyediaannya -

  1. Putar mentega + gula icing - pukul sebati tak perlu terlalu kembang
  2. Masukkan telur + vanila - kacau sebati
  3. Masukkan tepung - gaul ramas dengan jari sahaja hingga dapat tekstur halus. Canai adunan ikut saiz acuan. Tekan dalam acuan tat. Cucuk bahagian dasar dengan garfu.
  4. Bakar 180c selama 10 - 12 minit. Kalau oven tanpa fan, masak lama sedikit.

BLUEBERRY FILLING - inti gebu, gelembung ke atas bukan rata / melekuk
250g cream cheese
3 sb gula pasir
2 sb mentega
1 bj telur
6 sb whipping cream non diary
2 sb tepung gandum
2 sb blueberry filling - masukkan dalam piping beg / botol sos

Cara penyediaannya -
  1. Pukul sebati sahaja cream cheese + mentega + telur
  2. Masukkan cream cheese - kacau
  3. Masukkan tepung - kaup balik
  4. Bakar dalam oven 180c selama 10 minit.